Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 April 2016

Resepi Ikan Siakap Ala Thai Nata de Coco...

...oleh Chef Azli Razali (gambar dan resepi dari facebook Impact Lady Management)


Bahan - Bahan

1 ekor ikan siakap
2 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
2 batang serai *
2 pokok daun ketumbar *
10 biji cili padi hijau *
2 sudu besar sos nampla
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu serbuk cukup rasa
2 pokok daun kesum
1/2 cawan nata de coco ( Perisa Laici )
Sedikit asam keping
* - dikisar

Cara - cara

1. Goreng ikan hingga garing.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga harum dan garing.
3. Setelah bahan ditumis sudah agak garing, masukkan sos nampla, sos cili, sos tomato, asam keping, cukup rasa dan nata de coco. Perisakan dengan gula.
4. Tuangkan bahan ditumis ke atas ikan dan taburkan daun ketumbar.

6 ulasan:

  1. Kakcikkkkk....buat sy terliur jek! =)

    BalasPadam
  2. Selain makanan melayu makchaq paling suka makanan Thai. Kalau melancong ke Thailand mesti makchaq x dak masalah nak makan..... kecuali masalah makanan tak halal la kot..

    BalasPadam
  3. Daun kesum tu blend sekali dengan bawang ke tabur je buh mcm masam asam pedas tu KC?

    BalasPadam
  4. Ikan siakap sedapnya alahai. Teringat pulak ada seekor lagi ikan siakap dalam peti sejuk di rumah. Kalau kat rumah tu ikan siakap memang masak sweet sour aje sepanjang masa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com