Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 April 2016

Apa itu Impact Lady Management?...

Dalam catatan sebelum ini  aku ada bercerita tentang program yang aku hadiri di Sg Besar, Selangor. Program itu adalah anjuran Impact Lady Management dengan kerjasama Chef Azli Razali.


Impact Lady Management adalah sebuah pertubuhan yang masih baru. Diterajui oleh beberapa orang wanita, matlamat/objektif penubuhannya adalah untuk :

- melahirkan lebih ramai usahawan dan pakar di bidang masakan serta menggalakkan lebih ramai bumiputera menceburi bidang keusahawanan

- melihat dan mempelajari dunia sebenar dunia masakan dan perniagaan

- berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat antara peserta dan chef bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya maju

- mewujudkan rangkaian (network) di kalangan para peserta di seluruh negara

- mewujudkan kerjasama antara Impact Lady Management dengan Tourism Malaysia

- menarik minat masyarakat untuk mendalami budaya kehidupan masyarakat Malaysia

- memperkenalkan pakej pelancongan yang berkonsepkan kulinari kepada masyarakat

- menggalakkan pelancongan dalam negara kepada masyarakat kerana ia lebih menjimatkan

Program yang dirancang tidak hanya kepada kumpulan sasaran tertentu sebaliknya terbuka kepada semua, dari anak-anak sekolah hingga kepada warga emas yang mampu mengikuti program yang dijalankan.  Kos untuk mengikuti setiap program juga adalah dalam lingkungan 'mampu bayar' dan tidak membebankan.

Selain itu, ILM juga turut mengadakan kelas-kelas agama, seminar, kursus dan kem untuk pelajar sekolah.  ILM juga bertindak sebagai penganjur (organizer) untuk peserta program INSAN Selangor bagi kategori ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah.

Untuk program yang akan datang, ILM juga merancang untuk ke Trengganu bagi Program Destinasiku~linari bersama Chef Azli.  Program tersebut juga dalam perancangan untuk diteruskan di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Memandangkan Impact Lady Management ini merupakan sebuah pertubuhan yang 'masih muda', wang tabungan bagi menjalankan sesuatu projek/program adalah sesuatu yang agak membebankan. Oleh yang demikian, pihak ILM sangat mengalu-alukan sekiranya ada badan atau orang perseorangan yang sudi menghulurkan sumbangan bagi tujuan kebajikan yang mereka akan jalankan.  Boleh hubungi pihak ILM di laman facebook mereka.

p/s : ini bukanlah catatan berbayar atau kakcik punya apa-apa kepentingan di dalam ILM. Hanya sekadar sumbangan kecil bagi membantu kawan yang ingin melakukan kebajikan.

9 ulasan:

  1. Assalam kak cik, bagus klu dpt join program2 mcm ni kan

    BalasPadam
  2. wah..bagus ni mak...mudah2an dapat membangunkan lagi ekonomi para wanita..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    9/10 Rezeki dari perniagaan. insha allah moga2 sukses

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik
    apa kabarrr

    BalasPadam
  5. Menarik jugak ni KC kalau dapat ikut. Boleh belajar selok belok keusahawanan katanya, tapi biasalah laki saya ni kurang sporting dlm hal hal gini.... hurmmm

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com