Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Mac 2016

Betapa mewahnya kita - 3,000 tan makanan dibuang sehari...

Sumber berita : http://www.hmetro.com.my/node/121880


Putrajaya: Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang sehari di Malaysia dan ia pembaziran yang boleh dielak, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation itu, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan menggerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) tahun lalu, sebagai usaha mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

“MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, inisiatif global yang diperkenal Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman, pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO),” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Sharif berkata FAO menganggarkan satu pertiga makanan yang dihasilkan atau 1.3 bilion metrik tan bernilai RM4.4 trilion di dunia hilang atau dibazirkan.

Mardi dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani menjadi koordinator inisiatif MYSaveFood di Malaysia bagi menjalankan kempen meningkatkan kesedaran mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.

Namun di sebalik segala kemewahan,  berapa ramai sebenarnya rakyat negara ini (tidak termasuk para pendatang yang membawa segala masalah sosial bersama mereka) yang hidupnya 'kais pagi makan malam dan kais malam belum tentu dapat makan'?  Jangan cerita tentang 'kemalasan', tentang BR1M atau tentang yang negatif semuanya kalau kita hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati sendiri tanpa menyelami apa yang mereka hadapi di bumi bertuah ini...

7 ulasan:

  1. ramai lg rakyat kita yg tak tau ada manusia2 yg susah di luar sana yek...
    dana skrg kt umah msk ckp2 mkn je... nk mkn trs abis tkamo simpan2... kalu dh simpan kadang bkn di mkn pun

    BalasPadam
  2. hotel2..restoren2 mewah..kalau tak abis makanan tu jugn la dibuang..mungkin boleh bg kat masjid2..rumah 2 anak2 yatim..gelandangan..

    BalasPadam
  3. yang belum sentuh tu kenapa la tak sedekahkan kat masjid ke surau ke..gelandangan ke..ermm.. membazirnya..

    BalasPadam
  4. Apa yg membimbangkan bila ini terus dipandang sepi Allah turunkan musibah kita semua terpaksa menadah. Takut kan Kakcik..

    BalasPadam
  5. lea sekarang masak cukup2 untuk 3 beranak je.

    BalasPadam
  6. selamat tenghari kakcik
    aduh banyaknya yg dibuang tu baru sehari kalau berhari2 berminggu berbulan tkdpt nk bayangkan segunung kot makanan tu nnt dibuang begitu saja.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.