Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Mac 2016

Ning Baizura dan suami merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah...

...walaupun perancangan itu untuk tempoh dua tahun lagi, semoga Allah SWT mempermudahkan niat dan urusan mereka.  Manusia boleh berubah, yang baik tidak semesti akan mati dalam keadaan baik, begitu juga sebaliknya...

Berita dari : http://www.bharian.com.my/node/132581

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ning Baizura, dan suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, merancang untuk mengerjakan umrah dua tahun lagi, sempena sedekad perkahwinan mereka. Berkahwin dengan lelaki mualaf, Ning berkata dirinya amat bersyukur apabila Omar turut bersedia dan terbuka hati untuk sama-sama mengerjakan ibadat berkenaan bersama-samanya. 

Menyambut ulang tahun kelapan perkahwinannya dengan lelaki terbabit pada 31 Januari lalu, Ning yang juga ibu kepada Ryan Sky Dalton, 3 tahun, memberitahu BH Online, memang menjadi impiannya untuk sama-sama ke Tanah Suci bersama suami tercinta. "Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya. 

"Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa. "Dialah cinta dunia akhirat saya. Sepanjang bergelar suami isteri, memang tiada gaduh-gaduh besar pun. Suami saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan dia jenis lelaki yang 'cool'. Memang tidak ada masa hendak cemburu buta. Kami sangat menyokong di antara satu sama lain. Kehadiran anak pula memang melengkapkan lagi kebahagiaan kami," katanya. 

Ning turut memberitahu, sebagai persediaan ke Tanah Suci, mereka berdua mendalami ilmu agama menerusi ustaz yang datang mengajar di rumah. "Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama," kata Ning.



Sumber gambar dari SINI

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Taklah. Mak saja cari gambar dia bertudung untuk sesuaikan dengan tajuk... :)

      Gambar asal dekat BH Online tu, Ning tetap dengan 'gayanya'...

      Padam
  2. moga niat mereka dipermudahkan Allah..siapa tahu lebih cepat daripada itu untuk mereka mengerjakan umrah..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. semoga niat mereka dipermudahkan. ...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. semoga niat Ning akan terlaksana dan dipermudahkan ye kakcik..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya buat mereka .

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan buat beliau :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...dah ada niat & sedang berusaha dan belajar.. semoga dipermudahkan urusan Ning dan suami..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..semoga niat murninya tercapai. InsyaAllah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.