Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Februari 2016

'Pelanggan merungut bila dikenakan bayaran untuk ulam dan sambal'...

Aku bertemu dengan sepasang suami isteri pengusaha kantin sewaktu membeli barangan dapur di sebuah pasaraya.  Oleh kerana saling mengenali wajah (walupun aku sangat pasti pasangan itu tak pernah tahu pun namaku - sebaliknya aku mengetahui nama mereka), kami bertegur sapa dan berbual seketika.

Aku menunjukkan barangan yang aku beli sambil berkata, 'hanya banyak ini, sudah lebih dua ratus ringgit'.  Sambil menunjuk kepada dua troli penuh barangan yang mereka beli, aku menyambung 'macam itu entah berapa ribu agaknya'...

Suaminya menjawab, 'Setiap kali berbelanja tak kurang dari dua ribu ringgit. Kadangkala sehingga dua ribu tujuh ratus atau dua ribu lapan ratus'.  Aku menambah, 'jual mahal orang marah, tapi orang tak tahu nilai yang kita bayar'.  Lantas isterinya menyampuk, 'itulah, bila pelanggan ambil ulam dan sambal, akak kata 50sen, mereka merungut sambil berkata 'ingatkan percuma', berubah airmuka akak dibuatnya...'

Sambil memasukkan barang ke dalam troli, suaminya menambah lagi, 'dulu belacan sebatang seringgit sembilan puluh sen, sekarang sudah tiga ringgit sepuluh sen.  Kalau belacan yang ada cop, kena GST.  Susah berniaga sekarang...'

Aku pula menokok, 'dulu kata harga barang naik sebab harga minyak naik, sekarang harga minyak turun, tidak pula harga barangan lain ikut turun, kan?' 

Sudahnya kami sama-sama mengangkat bahu seolah-olah kehilangan kata-kata tak tahu nak menyambung bicara...

19 ulasan:

  1. memang letih dgn keadaan sekarang ni
    ati yg buat bakery kecilan pun terasa..
    letrik kat rumah pun melambung..uwaaa

    BalasPadam
  2. tulah bonda..pelik jugak..barangan makanan tetap jugak naik..

    BalasPadam
  3. Baru semalam kat office kami bercakap hal sama kakcik
    Dulu bila harga minyak naik sibuk harga barang naik
    Sekarang minyak dah turun kenapa tak turunkan harga?

    BalasPadam
  4. makin naik ada ...wlupun minyak trn tgu la minyak pasaran dunia stabil nanti ..silap milo ais RM3.00

    BalasPadam
  5. Masa nak menaikan harga barang tu mudah ajer kakcik..
    Bila nak turun , mulalah banyak alasannya..
    Kat tempat CH kalau ambil sambal belacan dan ulam pun kena caj RM1.50..
    Itu pun tengok byk mana kita ambil ulam..

    BalasPadam
  6. kalau dah barang tak turun harga peniaga makanan pun takleh nak turunkan harga.

    BalasPadam
  7. Betul sebelum kenaikkan harga barang dikaitkan dengan naiknya harga minyak...minyak turun harga barang macam lagi naik la kak..jangan sampai naik minyak sudah...

    BalasPadam
  8. taktahu nak kata apa dah. dah bosan menanti keadaan bila nak berubah..

    BalasPadam
  9. Itu lah kan realiti hidup zaman skrang...

    BalasPadam
  10. betul mak..kalau naik laju jek kalau turun diam je smua!

    BalasPadam
  11. kt kedai ikan bakar yg kami selalu mkn mmg ulam nyer di kenakan bayaran sekali sambal belacan.... yelah bkn tak blh nk bg free... tp mereka sendri nk keluarkn modal utk semua tuh... lainla kalu kt kg boleh di kutip kt tepi2 umah je

    BalasPadam
  12. Memasing meluahkan rasa ye KC walaupun saling tak kenal. Itulah KC, sekarang ni mmg semuanya naik walaupun minyak dah turun, entah apa yg tak naik agaknya. Memasing ambik kesempatan nk naikkan harga tp kalau bab turunkan harga memasing mengelat

    BalasPadam
  13. yg saya dok jumpa..2,3 keping ulam timun dan sedikit sambal belacan diberi percuma..kat kedai2 tomyam..
    kat kedai2 makan yg lain..memmang kena caj..

    BalasPadam
  14. Yelah kak kelmarin shopping kat segi beli sayur dan lauk2 mentah dah rm100. Tapi bila fikir balik orang lagi susah kita kena syukurlah masih mampu.

    BalasPadam
  15. tak payah merungut.. orang meniaga makan tu pun sedang bekerja.. dia cari rezeki jugak.. alahai ulam ngan sambal 50sen je xyah la berkira.. hurm..

    mmg hakikat skrang semua mahai2..

    BalasPadam
  16. Kenalah terima hakikat takde yang free dah.. Lagipun kenalah faham, peniaga yang meniaga (bukan semua) tu bukan ada tanam ulam2 tu semua..

    BalasPadam
  17. ermmm... tak pernah nak turunnya kan kak cik, bila naik lajuu je memasing.. :(

    BalasPadam
  18. Saya rasa kalaulah hutang piutang saya dah langsai, ada duit simpan sikit....saya nak fok rumah jer kak. Sayur tanam sendiri. Ikan menjaring kat laut, ayam itik..bela sendiri.Tapi....hutang tu sampai saya pencen...uwaaaa!!!

    BalasPadam
  19. Sekarang ni setiap kali beli barang dapur, memang mengeluh sesaja, Kakcik. Tak kiralah harga minyak naik ke atau makin turun, harga barang tetap naik dan terus naik tak turun-turun! Kadang-kadang dalam troli tak penuh mana pun dah cecah ratus ringgit. Konpius dah kepala ni nak calculate!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com