Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Februari 2016

'Jika panas di waktu malam, saya selimutkan mereka dengan kain basah....'

Catatan di bawah adalah diambil sepenuhnya dari facebook Mummy Qaid (menantu kakcik). Dipanjangkan di blog ini sekiranya ada yang ingin turut memberi sumbangan.  Ada kawan-kawan blog ini, tidak mempunyai akaun facebook atau tidak menjadi rakan facebook kakcik, sedangkan mungkin ada yang ingin turut berbakti...

Saat kita merungut kepanasan dek cuaca yang hangat membahang sedangkan pada waktu yang sama duduk dengan selesa di bawah pendingin hawa, atau mengeluh makanan yang dimakan tidak menepati citarasa, bayangkan bagaimana tabahnya mereka bertiga...














Ayah kepada Aminah dan Muhammad ini sudah hampir 60 tahun usianya. Banyak kali minta kerja pengawal keselamatan tapi ditolak.  Beliau juga menghidap penyakit kencing manis.  Sebelum ini ada motorsikal roda tiga, tapi kena curi dek insan yang tak punya hati...

11 ulasan:

  1. ya allah.. tak sangka dugaan hidup pakcik ni hebatnye...

    BalasPadam
  2. Sebak kakak tengok semua ini kakcik.
    Along & isteri sangat prihatin itu yg kakak salute
    Qaid secara langsung dah terdedah ini semua.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, hebatnya dugaan mereka bertiga, namun senyuman tetap terlihat di wajah anak-anak istimewa ini.

    BalasPadam
  4. Bila baca dan tengok cerita ni, rasa mcm nak marah diri sendiri..

    BalasPadam
  5. Kalau hal ini diadukam pada ahli politik, esok pasti bantuan tiba, ahli politik akan datang bersama rombongan wartawan, jurukamera dan cek saiz besar bagi menunjukkan kemurahan hati dan keprihatinan mereka untuk berita TV dan akhbar...

    BalasPadam
  6. Allah hu akbar...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    BalasPadam
  7. Kasihan tengok kehidupan mereka yang serba kekurangan ni. Kena sama-sama bantu saudara seislam kita.

    BalasPadam
  8. Allah hu akbar! Bergenang mata membaca cerita. Bila dibandingkan dengan insan seperti ini, nampak sangat diri sendiri tak cukup bersyukur dengan rezeki yang ada. Rezeki melimpah-ruah tapi masih lagi komplen itu, ini. Insaf sekejap!

    BalasPadam
  9. Nak puji haeader Kak Cik.. comel dan lomentik gitu..

    Insyaallah, akan sentiasa ada hati-hati yang Allah gerakkan untuk membantu pakcik ni hasil dari entri Kak Cik ini.

    BalasPadam
  10. Baru menyinggah di blog kakcik ni. Amboi jeles tau tengok header tu.. loving couple lagi.
    Kesian tengok adik2 ni.. Ya Allah di tinggalkan ibu kerana susah adakah senang hati si ibu tanpa memikirkan anak anaknya. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat mereka sekeluarga & semoga ibu mereka kembali kepangkuan mereka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com