Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 2 Januari 2016

Polisi Insurans Kesihatan - hanya untuk orang yang sihat??

Kalau kita diketahui ada penyakit yang katanya boleh membawa mati, maka kita adalah tidak layak mengambil polisi insurans walaupun kita mampu membayar setiap bulan... (kau ingat orang yang sihat itu tak akan mati, ke?)

Sekiranya ada ejen insurans yang membaca catatan ini, silalah beri jawapan ya.  Beri jawapan yang jitu, jangan 'agaknya', 'sekiranya' atau apa-apa 'nya' termasuk 'aaaa...aaaa' yang lain sambil tergagap-gagap...

KES 1 :

Anak bongsuku baru keluar dari hospital selepas beberapa hari duduk di wad kerana demam.  Di lobi hospital, seorang ejen insurans dari Prudential BSN Takaful  mendekati suamiku dan bercerita (sambil memujuk) untuk mengambil insurans.  Selepas perbincangan demi perbincangan, akhirnya suami bersetuju mengambil polisi dengan bayaran RM150.00 sebulan.  Ejen insurans itu berkata dia perlu mendapatkan laporan kesihatan anakku dari doktor (bayaran sebanyak lebihkurang RM160.00 akhirnya terpaksa kami tanggung untuk mendapatkan laporan tersebut).

Akhirnya selepas sekali membayar bayaran bulanan, ejen memberitahu syarikat insurans menolak permohonan polisi insurans untuk anakku kerana laporan doktor mengatakan anakku itu menghidap meningitis.  Bayaran yang telah dibuat, dikembalikan.  Tak mengapalah.

KES 2 :

Anak ketigaku (sekarang berusia lebih 18 tahun) pernah menjalani pembedahan TGA - Transposition of  the Great Arteries.  Pada mulanya ejen insurans dari Great Eastern Takaful  berkata tiada masalah untuk mengambil polisi insurans asalkan ada surat dari Pakar Jantung.  Dalam masa yang sama, beliau menelefon kawannya yang merupakan seorang Pakar Jantung Kanak-Kanak.  Pakar itu berkata, 'pesakit' TGA perlu memakan ubat sepanjang hayat kerana saluran jantung yang dibedah dulu mungkin mengecut seiring peningkatan usia dan boleh menyebabkan 'kematian mengejut' pada bila-bila masa.

Kami suami isteri membawa anak kami ke Institut Jantung Negara (syukurlah kerana aku Pesara Kerajaan dan anakku belum berusia 21 tahun serta masih belajar, jadi tiada bayaran dikenakan). Pakar Jantung yang membedah anakku lebih 18 tahun lalu masih ada di sana dan baliau (yang telah bergelar Dato'), mengesahkan bahawa jantung anakku sangat sihat dan tiada masalah selepas melakukan beberapa ujian dan imbasan. Surat pengesahan juga telah diberikannya.

Bila diberitahu kepada ejen insurans berkenaan, beliau bertegas bahawa syarikat insuransnya sama sekali tidak akan menerima permohonan kami untuk mengambil polisi insurans dari mereka, walaupun ada jaminan tersebut.

Maka bagi aku, kesimpulannya walaupun kau kelihatan dan disahkan sihat tapi kau ada sejarah perubatan yang menunjukkan kau boleh mati pada bila-bila masa, tak usahlah berangan untuk memiliki polisi insurans kesihatan!!!

12 ulasan:

  1. senyum baca... maknanya mereka bukan sangat nak menolong tapi.. ala ala Along...

    BalasPadam
  2. patutnya org sakit yd ditolong kan kak.. memang menyakit kan hati insurance ni.. tau nak duit je.

    BalasPadam
  3. Susah lah mcm ni.....so insurans apa yg terbaek...??

    BalasPadam
  4. kebanyakkan insurans macam tu la... time nak duit kita, kemain lagi ayat tu... tapi bila tiba kita nak claim balik... payah nye la.. macam2 alasan boleh muncul kat mulut diorang tu

    BalasPadam
  5. selamat thn baru kakcik.....masa nk suruh msk bkn main kita dikejar tapi bila dh ada kes nk claim memakan masa smpai lbh 1 bln....

    BalasPadam
  6. Ini semua business kak...selamat tahun baru!

    BalasPadam
  7. Anak kawan saya kerap masuk hospital sbb demam berpanjangan...boleh ejen kata anak ni kerap sgt msk hospital sbb tu claim kali ini tak dpt duit (selalu lps discharge...claim, akan dpt wang sedikit..-(wang bermalam di ward dan wang ubat susulan yg kita bayar sendiri kemudian claim)
    lps tu katanya jangan masuk kerap sgt...habis dah sakit...

    BalasPadam
  8. Memang begitu, jika ada sejarah sakit, memang dah tak boleh memohon Takaful. Saya dari PruBSN Takaful.

    BalasPadam
  9. Ky beli insuran kereta dan rumah saja..;)

    BalasPadam
  10. Betul kak cik. Kebanyakan syt insuran tak terima kalau dah ada history sakit. Sesetengahnya masih terima dengan premium yg tinggi tapi tak cover sakit yg dah sedia ada. Ambil insuran bg saya sama seperti menyediakan payung sebelum hujan... bukan ketika atau sesudah hujan. Walaubagaimanapun Saya masih memilih insuran/takaful sebagai medium simpanan anak2 sejak lahir dan sihat lagi. Selain menyimpan dpt perlindungan kesihatan... ajal maut sakit sihat hari mendatang tidak diketahui. Jadi elok rasanya kalau saya bersedia dulu demi anak2. Takut2 saya yg dijemput dahulu ini yg saya tinggalkan utk mereka yg masih kecil2 lagi semuanya.

    BalasPadam
  11. Mmg banyak songeh sungguh agen Insurance ni yer KC. Tambah lagi tahun 2016 ni, katanya lebih ketat .....
    Patutnya kenalah rujuk pada pakar, dah pakar kata selamat, oklah ... Entahlah KC ....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.