Kawan-kawan kakcik

Isnin, 4 Januari 2016

Keindahan yang kadangkala tidak terlihat oleh mata....

di remang senja masih memandu
hasrat bertandang ke rumah Encik Abu
biarpun awan kelihatan kelabu
tetap indah di pandangan mataku
di pagi hari meredah jalan
tentu ada arah tujuan
malu-malu sinar kelihatan
namun silaunya memukau pandangan
bangunan tinggi berdiri kaku
saat penghuninya mengurus diri
kurakamkan keindahan mengikut naluriku
walaupun yang lain tak pernah peduli
setiap hari mengukur jalan
tapi jaraknya tak pernah kupeduli
biar orang memandang hairan
kesukaan merakam kuikut hati
membawa diri keluar kota
ada ketika ingin bersendiri
nikmat Tuhan yang mana hendak didusta
melihat keindahan terbentang begini
terbang riang si rama-rama
hinggap di bunga pelbagai warna
pandangan orang memang tak sama
bagiku beginipun nampak mempesona
datang bertandang di pagi hari
belum pun sempat menggosok gigi
kalau bukan kita yang merhargai
hendak diharap siapa lagi?
sepohon kayu megah berdiri
akarnya tegap memegang bumi
sambil menilai diri sendiri
nikmatMu Tuhan tetap kusyukuri
pelbagai warna menghias alam
memberi ilham untuk dikarang
merenung semula masa yang silam
banyaknya keburukan perlu dibuang
banyak kenderaan di kanan dan kiri
tujuan pemandu sudahlah pasti
sejauh mana membawa diri
jangan lupakan tempat kembali
megah cahayanya terang benderang
mungkin boleh menimbulkan iri
walau gagah dilihat orang
sunyi hatinya siapa mengerti

11 ulasan:

  1. Itulah yg dikatakan keindahan sesuatu itu amat subjektif kakcik
    Ada yg kita rasa amat indah tapi biasa-biasa pd org lain
    Tapi kita punya pandangan yg agak sama dlm potret yg kakcik rakam - ada kebesaranNya yg tak mampu kita lakukan.

    BalasPadam
  2. Indahnya panorama dan lebih indah dan berkuasa Dia penciptanya...

    BalasPadam
  3. Keindahan itu adalah milik mata yang memandang.. memberi ketenangan hati yang gusar. Cantik dan tenang gambar-gambar itu Kakcik.

    BalasPadam
  4. indah sungguh pantun kakcik, seindah panorama alam...

    BalasPadam
  5. indah betul semua nya kakcik...
    lagi2 bila di baca ngn madah puitis kakcik tuh

    BalasPadam
  6. Ni yg saya susah hati ni KC kalau KC dah berpuisi , bersajak bagai haha....

    BalasPadam
  7. Semuanya nampak biasa-biasa aje tapi dalam biasa-biasa tu masih ada keindahannya yang mampu dinikmati oleh sepasang matakan, Kakcik ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.