Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Januari 2016

Di tabung mana lagi hendak kusimpan sekupang dua ini?...

...tabung ayamku dah lama pecah
tak mungkin dapat dibaiki walau guna gam gajah

aku beralih ke tabung buluh
rupa-rupanya ia sangat rapuh

kau tahu sahajalah
bila tabung sudah terbelah
wang yang ada mengacah-acah
suruh dibelanjakan tanpa berhemah
akhirnya mengeluh tak sudah-sudah

itu kisah dulu-dulu
bagaimana pula dengan kisah terbaru
wang yang ada tak sampai beribu
disimpan dalam tabung yang satu
dengan harapan bila sampai waktu
dapat menunaikan impian yang terbuku

tapi malangnya tabung itu juga hampir pecah
oleh tangan yang datang dari mana entah
adakah mereka sudah hilang amanah
biarkan sahaja mereka berhelah-helah
kelak nanti jawablah dengan Allah

tiada keuntungan tidak mengapa
asal jangan wang kami dilesapkan sama!

23 ulasan:

  1. Entahlah kakcik biasa awal-awal tahun ini nilai tabung dah dikira-kira untuk melihat berapa imbuhan diberi - sampai sekarang bagaikan sunyi sepi aje. Tapi asyik kata jgn bimbang tiba masa akan diumumkan. Kita tunggu ajelah kakcik..

    BalasPadam
  2. Tunggu jelah kakchik.tunggu apa pengumumannya. menabung tu kerana ada impian dekat situ.

    BalasPadam
  3. moga-moga wang tak lesap..
    keuntungan pun ada..

    BalasPadam
  4. Semakin perit tabung itu kan kakcik..
    Mudah benar tangan yg lain datang memecahkan..
    Tidakkah mereka malu.. Memecahkan tabung orang, bukan kepunyaan sendiri..
    Penyudahnya utk menabung disitu, cukuplah sekadar tabungan itu bagi memenuhi tuntutan rukun yg ke lima itu..
    Duit selebihnya .. biarlah ku tabung di tabung ayam sahaja..
    Agar tiada yg cuba utk menggunakan sesuka hati..

    BalasPadam
  5. Kononnya sikit sikit lama-lama jadi bukit,
    nak menyimpan yang sikit tu pun dah bertambah sakit ... bukitnya pulak tak tau lagi apa khabar beritanya.

    BalasPadam
  6. Mungkin lambat sikit kak diumumkan sama seperti ASB tahun 2015 pun diumumkan lambat dividennya minggu akhir bulan Disember biasa pertengahan Disember sudah diumumkan.Sekiranya betul ada tangan2 ghaib yang menrosakkan kesucian tabung tersebut maka jawablah dengan Allah kelak...amanah tu...

    BalasPadam
  7. Tak boleh ke kita buat PRU esok? Tak sabar dah nak tukar rumah baru ni.

    Eh...saya lari topik ke? Tak lari topik kan...?

    BalasPadam
  8. tabung....tabung dah kene curi ke kiter nie >_<

    BalasPadam
  9. Di dunia boleh berhelah dengan jawapan tak masuk akal. Di akhirat nanti di depan Allah tangan yang merosakkan menjadi saksi pengkhianatan ini..

    BalasPadam
  10. Simpan di bank kafir, contohnya Swiss Bank atau di Cayman Island, lagi selamat dan mereka jujur & amanah. Ironi kan kakcik?

    BalasPadam
  11. Tidakkah dia terfikir kesan disebalik tindakan yang dibuat itu.. eemm..

    BalasPadam
  12. slmt tenghari kakcik
    meh nak bg tabung baru nak tak ni?
    jgn marah kakcik kaknoor gurau je

    BalasPadam
  13. Insyaallah tak akan lesap yg ada dlm tabung tu KC. Depa seram kot nak umum dividen sikit tu yg lambat tu

    BalasPadam
  14. Insyaallah tak akan lesap yg ada dlm tabung tu KC. Depa seram kot nak umum dividen sikit tu yg lambat tu

    BalasPadam
  15. susah bila rasuh bermaharajalela....
    kita rakyat marhaen nih yg tersepit

    BalasPadam
  16. aaarrrggghh tatau nk ckp mcmana dah kak cik sedih hai dgn ape yg dok jd la ni .... kadangtu kerisauan tentang masa depan anak2 buat saya lagi sedih

    BalasPadam
  17. sedih.. tabung untuk amal ibadah janganlah diusik kan kak cik .:(

    BalasPadam
  18. Bertambah bimbang bila membaca kenyataan Tun Daim kata..september ni negara kita bakal muflis. simpanan kita yg ada banyak tu bakal tak bernilai lagi..

    BalasPadam
  19. simpan jer dalam tabung buluh... itupun kalau ada lagi.

    BalasPadam
  20. Kalau dah semua tabung pun pecah dan rapuh, kita belanjakan ajelah wang ringgit yang tak banyak mana tu, Kakcik. At least puas sikit hati, bila habis kita tau kita yang membelanjakannya :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.