Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Disember 2015

Kuala Kangsar Tetap Di Hati...

masak kicap terlebih lada
menggelupur makan setengah mati
walau di mana aku berada
Kuala Kangsar tetap di hati...

Cuma terus terang aku katakan, aku dan keluarga agak serik untuk menjamah makanan yang dijual di gerai/restoran yang terdapat di LEMBAH, Kuala Kangsar ini kerana gulainya manis seperti tertumpah gula dan harganya juga agak mahal!  Teman oghang Kuale weh... oghang Kuale mananye berseleghe makan gulei manih-manih...


SubhanAllah...cantiknya pemandangan ini.

Hujan mula turun...

...cari tempat untuk berehat dulu.

Banyak gerai menjual cenderamata / cenderahati di sini.  Ini salah satunya...

Cendoi Kuale (Cendol Kuala)

Pinggiran Sungai Perak...

...sudah cantik sekarang, tidak seperti zaman aku masih bersekolah dulu...

...sayang sekiranya ia tidak dijaga dan dihargai...

...waktu gambar ini dirakam, hujan sedang turun, jadi kawasan ini kelihatan lengang sahaja.


25 ulasan:

  1. rasa pelik pulak gulai manis2 kak... kalu kt terengganu biasa gulai manis tp idok lah manis melampau... dia sesuai ngn rasa rempah gulai yg pekat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal. Dah macam makan kat Kelantan pulak. Kat Kelantan pun tak manis sangat macam tu... :(

      Padam
  2. saya tak pernah sampai kuala kangsar lagi mak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuala Lumpur - Kuala Kangsar lebihkurang 2 jam 30 minit ke 3 jam perjalanan je...Mak selalu 'balik hari' je kalau ke sana. :)

      Padam
  3. Tak kene dgn selera..kalau gulai manis ni..

    BalasPadam
  4. best nya pi melancong...yan belum sampai sini lagi

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Cendol ok. Laksa agak dah kurang rasa. Yag mengecewakan makanan untuk makan tengahari...

      Padam
  6. Assalamualaikum,
    fuhhhh bestnya kerap balik kampung....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...

      Bila 'driver' baik hati, dapatlah balik selalu... :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Laksa Kuala ni ada yang sedap ada yang kurang sedap...bergantung pada kemahiran pembuat kuahnya...

      Padam
  8. Kak..kawan PC selalu sebut laksa kuala kak...

    BalasPadam
  9. Manis sangat ke KC? Kalau manis mcm tertumpah gula mmg loye dibuatnya hihi....Ada org mmg tak suke. Pernah sampai Kuala Kangsar ni sekali dulu masa htr anak sedara kawen. Dpt org Kualekatanya hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang manis sampaikan anak bongsu kakcik kalau diajsk makan lagi di situ tak dimahunya lagi...

      Padam
  10. makanan kat Kuala Kangsar best.. lagi2 time puasa.. tu bazar ramadhan besar =D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com