Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Disember 2015

Bertemu Hjh Zakie (blogger Titisan Nurani) buat kali ke dua...

Tarikh : 3/12/2015
Tempat : Restoran Singgah Selalu, Johor Bahru
Hajah Zakie bersama suami dan dua anak gadis mereka menjemput kakcik dan suami di hotel penginapan dan membawa kami makan di Restoran Singgah Selalu yang terkenal di Johor Bharu itu. Jom tengok apa yang dipesan dan dimakan :


Bagi kakcik. kedua-dua ini adalah otak-otak yang berlainan versi,
tapi ada orang sebut 'pepes'...

Suamiku dan suamimu (suami Hajah Zakie la).  Nampak sangat serasi walau baru dua kali bertemu.

Kailan dan udang goreng mentega

Sotong goreng tepung dan brokoli scallop (kalau tak silap)

Dua dari tiga anak gadis Hajah Zakie.  Yang sulung menyambung pengajian di Terengganu

Siakap stim

Sup sirip yu yang sangat enak.  Apakan daya perut dah penuh...

Di sinilah tempatnya...

Sebelum menghantar kami pulang ke hotel, mereka bawa kami
melihat-lihat kawasan sekitar. Meriah juga kawasan ini.

Nak tengok wajah Hajah Zakie?  Maaf, beliau agak pemalu orangnya walaupun bila berjumpa sangat ramah dan baik budi.
Cuba-cubalah intai di blog beliau, kot-kot ada terselit wajahnya...


14 ulasan:

  1. Alhamdulillah...doa kan saya utk bertemu kak zakie satu hari nanti mak ;)

    BalasPadam
  2. Jalan yg kita masuk menuju istana dan pusing balik pada malam itu kakcik semalam dipenuhi ramai rakyat Johor yg pergi untuk berziarah di atas kemangkatan Tunku Jalil. Kami berkabung 3 hari sekarang. Istana berkabung 7 hari..

    Moga masih ada peluang utk kita bertemu lagi.

    BalasPadam
  3. seronoknya kakcik.... bila lah dpt jumpa kakcik ngn k zakie... kalau balik johor tuh boleh je kalau nk jumpa k zakie tu tp no k zakie pun tkde.... moga di beri kesempatan nk jumpa kwn2 blogger nih...

    seronok dijamu mkn kt res singgah selalu tuh kakcik, mmg sdp2 menu kt situ

    BalasPadam
  4. selalu dpt bersua di alam maya...sesekali dpt bertemu empat mata lagi menyeronokkan....

    kak zakie sangat pemalu orangnya....:)

    BalasPadam
  5. hari tu kak zakie pun cerite die jumpa akak...

    BalasPadam
  6. Bila blogger dan blogger bertemu tentu banyak yg akan dikongsikan..

    BalasPadam
  7. terasa kecilnya diri ini.

    kalau saya ke Johor teringin singgah makan di Citarasa Rinduan...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah berjumpa lagi...mesra nampaknya

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..moga dilain waktu boleh bersua lagi..amin..

    BalasPadam
  10. di blog kak zakie pun ada cerita pertemuan dengan kakchik

    BalasPadam
  11. eheh seronoknya.. persahabatan dunia maya dibawa ke realiti =)
    daaap tu sirip yu.. nomnomnom..

    lepas makan mesti nak singgah selalu hehe..

    BalasPadam
  12. Saya masih berada di Maldives jika 3/12 nih.

    4/12 dah klia2

    Maafushi - pulau tourist ramai Malaysia sebab murah :D

    BalasPadam
  13. Kiranya dah dua kalilah Kakcik bertemu dengan Kakzakie ya. Wajah Kakcik pun nampak ceria aje dan saya rasa walaupun tak mengenali wajah Kakzakie, beliau pun ceria menyambut kedatangan rakan alam maya yang dah lama dikenali ni ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com