Kawan-kawan kakcik

Rabu, 9 Disember 2015

Bersidanglah Tuan Puan...

...pastinya banyak hal hendak dibincangkan
masalah akar umbi yang nampak bagai hendak melawan
bagaimana cara mereka hendak didiamkan

masalah pengikut yang bagai mahu bertukar haluan
cepat-cepatlah berikan umpan
agar langkah terpesong mereka dapat diluruskan
janji demi janji cepat taburkan

bersidanglah Tuan Puan
atas pentas tunjukkan kekuatan
suara yang halus cepat nyaringkan
agar yang mendengar terpegun kekaguman

sorakkan matlamat kita
kita berjuang untuk rakyat jelata
walau hakikatnya mereka menderita
kita sebut yang molek-molek sahaja

kepada mereka yang sanggup datang
kita sebut sahaja bahawa merekalah pejuang
pastinya hati mereka menjadi kembang
lalu kalau kita ditentang merekalah jadi perisai penghadang

bersidanglah Tuan Puan
usah difikirkan pembaziran terancang
makanan dan minuman yang terbuang
kita anggap sahaja sedekah yang orang tak pandang

apa-apa sahajalah
selagi boleh dibelah kita belah
selagi boleh dilapah kita lapah
kita kutip segala buah
kita tinggalkan sepah bersepah

Bersidanglah Tuan Puan
tapi jangan sampai lupakan Tuhan
setiap apa yang dibuat pasti ada balasan
cepat atau lambat ia tetap bagai dijanjikan.

11 ulasan:

  1. Maybe ada yang goyang
    Walhal kerusinya baru ditukar
    Macam takut dengan bayang2
    Rasa perjalanan politiknya makin sukar

    BalasPadam
  2. semua lakonan... bt membazir duit je... ke berhimpun nk kumpul duit derma

    BalasPadam
  3. 1. Pandainya bermadah
    2. makna yang sangat dalam...
    3. ;))

    BalasPadam
  4. Setuju..kita bertanggungjawab atas apa yang kita perkatakan..

    BalasPadam
  5. yang pastinya... ramai jadi tukang kipas...

    BalasPadam
  6. Tak larat dah nak dok perhati dari bawah. Buatlah apa yang dirasakan betul, memperjuangkan hak rakyat katanya ...

    BalasPadam
  7. Aik, 11 dismember tiada entri? Sibuk bersidang gak, kali... lol!

    BalasPadam
  8. Setuju......Allah tu maha adil, perancangan Allah adalah yg terbaik, yg mana tak lurus, akan di luruskan nanti...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com