Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 November 2015

Semalam di Delhi...

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah dulu di Delhi...

Tiba di Indira Ghandi International Airport pada hari perayaan Deepavali dirayakan di sana. Penerbangan dari Srinagar ke New Delhi mengambil masa 1 jam 15 minit sahaja.

...dari lapangan terbang terus ke Radisson Blu Plaza Hotel

Sementara hendak mendaftar masuk,
rakam sahaja apa yang ada di hadapan mata :)

Sangat selesa katil ini

Bilik air pun selesa...

Selepas mendaftar masuk, misi seterusnya adalah untuk mengisi perut.  Masing-masing sudah kelaparan kerana belum makan tengahari dan ada yang belum bersarapan pun...

Ke sinilah tujuan kami...
Restoran Karim.  Sebab tidak mudah mencari
makanan halal di Delhi, sesak pun sanggup kami redah.

Alhamdulillah.  Walaupun sepatutnya kami kena ke tingkat bawah untuk membuat pesanan makanan, tapi kami dibenarkan terus masuk dan duduk di tingkat atas.  Mungkin pekerja di situ nampak aku yang tehencot-hencot berjalan menaiki tangga...

Menu dan harganya...

...jangan terperanjat bila membayar kerana
caj perkhidmatannya agak tinggi...

Aku ok je makan bawang ni...

...sebab lapar, dah tinggal banyak ini baru teringat
hendak ambil gambar!

Semangkuk begini boleh mengenyangkan perut
3 orang yang tak kuat makan...

Karim's roll. Macam kebab...
Selepas makan, singgah sekejap di India Gate.  Aku tak masuk pun ke kawasannya.  Hanya memandang dari kereta.  Tak larat dah. Ingat nak tidur je...


Dahlah muka gelap, ambil gambar dalam gelap pula!
Pemandangan dari tingkap bilik di waktu pagi ...



Bersarapan di hotel :
Pertama kali aku jumpa hidangan begini.  Taugeh ke tu?



Hanya aku, Yan dan Lina.
Zura, Nadia dan Iyra dalam misi menjelajah Delhi...

Yan sedang bertanyakan sesuatu kepada Abishek (sebab namanya macam nama pelakon, senang aku nak ingat).

Lambang Radisson Blu (agaknyalah).


Kami bertiga ke hospital...

...disamping untuk bertemu Dr Sayed yang merupakan kenalan Yan...
...juga untuk mendapatkan rawatan buat Lina yang kurang sihat...


Ralit aku memerhatikan lelaki ini menuang minuman untuk kami...

...hanya plastik menggantikan cerek...

Masala tea yang enak...

12 ulasan:

  1. kakcik tuang air guna plastik ye... erm menarik gak tu... sedap nasi tu kakcik... take care yer

    BalasPadam
  2. Ooohh... transit kat India dan terus bermalam satu malam ye kakcik
    OK juga dpt tengok satu lagi tempat (India kakcik dah pergi kan dgn abang Mus dulu).
    Nasi dia tu kakak geram tengok - panjang betul!

    BalasPadam
  3. menu sarapan yang macam tauge tu unik la kak..tapi warna dia tu lainkan..macam warna badam..hihi..

    BalasPadam
  4. nampak selesa dan mewah bilik kakcik di delhi

    BalasPadam
  5. Nasi dia panjang lah Kakcik..
    Memang kencang makan tu..
    Penuh semangkuk :)

    BalasPadam
  6. Assalam Kakchik... Nice trip gud frens,happy dreams and life ahead.

    BalasPadam
  7. he..heeee.. syed busan main happy dapat jumpa saya balik after our first meeting in 20012. masyallah.. thanks kak sebab sudi teman kan jumpa si mamat doctor ni.. terima kasih gak sebab tak serik bersama saya jelajah delhi n kashmir.

    BalasPadam
  8. Bawang tu kalau ada bilis goreng sedapnya KC hihi......
    Nampak selesa hotelnya kan KC.....Senang kalau pergi ke sana dengan orang yg dah biasa dan ramai kenalan.

    BalasPadam
  9. mmmm....

    mmmm....

    untung kan bila kita berjalan dan kenal ramai orang.

    syaratnya kena humble, friendly, menghormati orang... mesti orang pun nak kawan dengan kita. :)

    BalasPadam
  10. Nampak katil selesa macam tu terus rasa nak landing aje. Tapi kalau dah kata berjalan ke negara orang, takkanlah nak fikirkan katil ajekan, Kakcik.

    Memang nampak taugeh aje tu. Macamana nak makan ek? Kunyah begitu aje ke? Kalau sayalah ni, memang kena berpuasa kot. Dahlah makan pun cerewet. Nak suruh saya kunyah bawang? Memang saya sanggup berlapar kalau macam ni ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com