Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 November 2015

Kashmir - corat coret ...

Ada yang anda ingin tanyakan?

Boleh emel kepada makcik di : emzekjay@hotmail.com atau kakcikseroja@gmail.com

Disebabkan terlalu banyak gambar yang makcik letak dalam catatan bersiri Kashmir sebelum ini, jadi mungkin apa yang anda ingin tahu tidak mendapat jawapannya.   Makcik akan cuba jawab emel anda setakat termampu dan di dalam pengetahuan makcik ya.  

Kami pergi berenam dengan tiket penerbangan yang dibeli sendiri dan cuma membayar harga pakej kepada pemandu pelancong di sana.  Berikutan nilai Ringgit Malaysia yang sudah jatuh teruk, nilai yang dibayar mungkin kelihatan sedikit mahal.  Bagaimanapun, nilai dalam Rupee India sudah ditetapkan.

Ada yang teringin hendak ke Kashmir?  Makcik pun teringin hendak pergi lagi tapi dalam musim yang berlainan (musim panas mungkin, InsyaAllah).

Bila kita melancong atau mengembara di dalam kumpulan, pandai-pandailah membawa diri.  Jangan pentingkan perasaan sendiri. Jangan terlalu cuba menonjolkan diri untuk nampak berbeza dengan ahli kumpulan.  Bersederhanalah. Hormati ahli kumpulan walaupun mereka bukan siapa-siapa dan kelihatan tidak berdaya.  Bila kita dalam kumpulan, sebenarnya kita adalah sama sahaja. Jika ada ketua dalam kumpulan, maka jangan kita pula cuba memandai tanpa merujuk kepada ketua.

Jangan sesekali ambil kesempatan terhadap ahli kumpulan.  Jika kita perlukan sesuatu bantuan atau sebagainya, ringankan mulut untuk menyebut perkataan TOLONG.  Ahli  kumpulan bukan hamba kita untuk kita arahkan sesuka hati hatta setakat untuk merakamkan gambar kita.

Pemandu pelancong yang kami gunakan khidmatnya, sangat bagus bagi makcik.  Walaupun dia masih muda dan agak baru dalam bidangnya tapi dia cuba sebaik mungkin untuk mengikut kemahuan kita.  Untungnya menggunakan khidmat begini, kita tidak terikat ketat dengan jadual sebagaimana jika kita pergi dengan agensi pelancongan.

Kashmir adalah kawasan yang dikhabarkan kononnya sentiasa bergolak.  Alhamdulillah, kami tidak terganggu pun dengan apa yang dikatakan pergolakan itu.  Memang tentera bersenjata kelihatan di mana-mana.  Di ceruk mana pun mereka ada.  Tapi kehadiran mereka tidak pun menimbulkan rasa tergugat di hati.  Bila kita memandang mereka dan kebetulan pandangan bertemu, mereka akan hadiahkan senyuman.

Orang Kashmir tidak suka dikenali sebagai orang India.  Bagi mereka, Kashmir bukan India. Mereka sentiasa memperjuangkan untuk bebas dari India. Penduduk Kashmir hampir 100% Muslim.  Marilah kita doakan saudara seagama kita semoga mereka mendapat kebebasan dan dapat membangunkan negara sendiri dengan lebih cantik dan teratur.

Opssss... hampir terlupa :  berjalan di sana, bersedialah dengan powerbank kerana bateri telefon sangat cepat menyusut.  Bukan telefon aku sahaja, tapi telefon rakan-rakan juga.  Mungkin kerana keghairahan merakam gambar atau mungkin kerana cuaca yang dingin.  Malahan sesekali, telefon menjadi 'kaku' hingga terpakasa dimatikan dan dihidupkan semula.

Satu lagi, cubalah sediakan duit dalam nilai yang lebih kecil kerana biasanya bila kita tukar di pengurup wang, kita akan diberi wang kertas dengan nilai Inr1000 atau Inr500.  Bila dapat, tukarlah kepada nilai Inr100 atau Inr50. Gunanya wang yang bernilai lebih kecil ini untuk memudahkan kita memberi saguhati (tips) kepada mereka yang membantu kita seperti petugas hotel, pemandu bot dan sebagainya.  Mengikut nilai semasa (sekarang), Inr100 bersamaan lebihkurang RM7.00.  Kalau kita mampu, hendak bagi lebih pun tiada masalah, terutama kepada pemandu yang berkhidmat untuk kita selama berhari-hari itu.  Jangan terlalu kedekut kerana rezeki Allah itu untuk dikongsikan.  Mungkin kita tidak biasa memberi saguhati di sini, tapi di sana mereka sangat mengharapkannya.  Pandangan mata mereka boleh menggambarkan perasaan mereka...

Setakat ini dulu yang terlintas untuk makcik coretkan.  Sebarang pertanyaan bolehlah emel makcik di alamat emel yang makcik letakkan di atas itu.

Zura, Nadia, Puan Blog, Iyra, Yan dan Lina...


14 ulasan:

  1. Betullah kakcik, dlm bermusafir kalau berkumpulan kena ada sifat berlebih-kurang
    Mudah perjalanan, happy terasa.
    Kakak nak tengok gambar-gambar lagi kalau ada kakcik.
    Tepek tak payah tulis pun tak apa:)

    BalasPadam
  2. Kakchik seronok membaca catatan perjalanan kakchik ni. dengan gambar-gambar yang cantik2. lepas ni ke mana pulak kakchik? mesti dah ada perancangan tu.

    BalasPadam
  3. tumpang seronok saya membaca catatan perjalanan kakcik kesana...

    BalasPadam
  4. Sangat menarik...sorry mungkin saya miss sesuatu...bagaimana dengan bilik hotel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kakcik ada selitkan tentang hotel-hotel tempat kami menginap dalam catatan-catatan lepas. Tidaklah secara terperinci, tapi ada gambar-gambarnya... :)

      Padam
  5. sambil kita bagi tips,sambil kita bersedekah..mungkin diorang amat-amat memerlukan kan..yelah..kalau nak diikutkan kehidupan di sana tu jauh lebih teruk dari disini..

    BalasPadam
  6. suka tgk pic2 yag kakcik sharekan.. dpt pg dgn kawan2 yg satu kepala pulak mmg bonuslah kakcik

    BalasPadam
  7. Seronoknya kakcik... terasa macam auni pulak yang ada bersama kat Kashmir tu.... teringin jugak nak merasa merantau di tempat orang.... cari pengalaman... terima kasih kakcik sudi berkongsi...

    BalasPadam
  8. ALHAMDULLILAH dapat bersama dgn akak.. terasa seronok.. ALHAMDULILAH gak dapat berlebih kurang dgn keadaan.. i m so happy that akak sangat bermurah hati dengan tips.. happy sangat.. tak terasa beban di kepala saya kak.. terus terang cakap lah.. mudah2an ALLAH limpahi lagi rezeki barakah buat akak sekeluarga. nnnt kita gi summer yee.

    BalasPadam
  9. Bestnyer.
    Part bagi tips itu sangat baik. Saya suka.

    Walau saya bukan jenis berada tapi setakat singgit dua inggit 5 inggit boleh disalurkan di mana mana. Cth dgn pekerja pam minyak Bangla, pekerja cuci tandas Indon walau di mana mana kita temui juga ketika berhenti rehat RnR.

    BalasPadam
  10. Tq atas tips dan nasihat KY.....kalau ikutkan hati mmglah teringin nak pergi, tapi apakan daya KC tangan dan kaki tak cukup panjang nak melangkau haha...
    Tengok perkongsian KC pun dah cukup puas ....

    BalasPadam
  11. terima kasih maka atas nasihat yang diberi. insayAllah saya akan apply walau dengan siapa pun saya berjalan.

    tips atau sedekah, kat mana pun pasti ada ganjaran yang Allah akan beri. syukur atas rezeki kita berjalan melihat tempat orang, dan share kegembiraan itu dengan orang tempatan dalam bentuk duit... sungguh mahal nasihat ini. tq mak. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com