Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 November 2015

Kashmir - tiba di puncak Naranag...

Tiba di puncak Naranag, hujan renyai menyirami bumi.  Aku sudah tidak berdaya hendak melangkah walaupun terdapat hotel berdekatan untuk menumpang tandas.  Tidak mengapa, aku masih boleh bertahan...

Sewaktu kenderaan kami mendaki ke sini, aku dapat mencium harum bau epal.  Sayangnya, sudah tidak kelihatan epal bergantungan di dahan pokok kerana musim memetik mungkin baru sahaja berakhir


Perasan comel lagi...


Ada masjid kecil di situ...

Bertemu lagi dengan sungai yang hampir kering airnya...


Anak-anak yang kelihatan riang sedang berjalan-jalan...




Sawah yang baru lepas proses menuai agaknya...






Betapa indahnya pemandangan ini...



Sedikit tentang tempat ini...



Ahli rombongan yang lain meneroka kawasan ini hingga ke bawah, tapi aku hanya duduk di dalam kereta...

Kaum wanita menjunjung kayu mungkin untuk dijadikan bahan bakar...

...betapa bertenaganya mereka...

Sebenarnya, selama beberapa hari ini, di sepanjang jalan kami bertemu dengan ramai kanak-kanak...

...bila keadaan sesuai, kami akan berhentikan kenderaan dan hulurkan 'buah tangan'
yang kami bawa kapada kanak-kanak dan juga orang dewasa yang menyambut
dengan gembira. Buah tangan itu adalah gula-gula dan biskut yang kami bawa dari Malaysia.

8 ulasan:

  1. Jauh berjalan luas pengalaman kan kak, itu yang seronok tu...

    BalasPadam
  2. alhamdullilah
    bestnya dapat jejak kaki ke sini

    BalasPadam
  3. cantik bumi allah kakcik... mesti sejuk sgt tu kan... yuhuuu seronoknyer.... tumpang seronok kakcik la... hehehe

    BalasPadam
  4. Sudah sampai ke puncak ye Kakcik..
    Sungguh kuat tenaga kaum wanita disitu ye..
    Elok jer menjunjung kayu yg banyak dan besar diatas kepala tu..

    BalasPadam
  5. Kakcik... jangan perasan comel. Sebab Kakcik memang comel sesangat!!!

    BalasPadam
  6. subhanallah cantik permandangan tempat orang

    BalasPadam
  7. Tak terucap dengan kata-kata.. betapa indah bila kita meneroka luar dari tempat asal kita.. ;)

    BalasPadam
  8. sebenarnya kan mak... kite punya style amik gambo ni sama. saya suka random pics utk capture view, scenery dan orang-orang tempatan. rasa lebih hidup sebab orang yang tengok gambar pun akan rasa macam dia pun ada kat sana juga. gudjob mak!! eh... hihihi~

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com