Gambar dan catatan dari http://www.hmetro.com.my/node/83757
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
Gua Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.
Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.
Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.
Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.
Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.
Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang. Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.
Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan.
Allah..... kesian nya kakcik cengkong camtu
BalasPadamkalu fkr logik, mereka anak2 org asli dh biasa ngn hutan dr kecik... takkan mereka tak blh cari jln balik rumah... hutan tu dh mcm taman mainan mereka...
tp yelah... cuma Allah yg maha mengetahui
di luar jangkaan kan kak..terkadang kita rasa seolah maccam tidak logik..tapi itulah dia kun fayakun Allah SWT..
BalasPadamYa Allah.. kesiannya mereka..
BalasPadamSiapa yg menyorok mereka..
Betul juga pertanyaan kakcik..
Ikutkan hutan tu tempat permainan mereka..
hmmm kesian ....sampai kurus kering ...tah berapa lama tak mkn tu ... diorg budak asli ni pandai cr mkn sendri tahu yg mana ade racun ke tak ...
BalasPadamKasihan tengok keadaan mereka. Cari tak jumpa-jumpa. alhamdulillah akhirnya bertemu juga.
BalasPadamAllahuakhbar....tak sanggup nak tengok gambar tu..kecian
BalasPadamSpeechless..Tapi saya memang percaya ada makhluk Allah yang tolong mereka..Ni trauma sepanjang hidup, satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.
BalasPadamtak dapat bayangkan apa yg diorang terpaksa lalui.... MasyaAllah!
BalasPadamKesian tgk diaorg... mcm ne la diaorg survive dlm hutan tu...
BalasPadamkesian tgk keadaan mereka tu. difahamkan mereka hanya makan rumput dan air...dan ada seseorang beri mereka makanan... Siapakah seseorang itu? Bunian kah? Tp yg nytaa... mereka juga utusan Allah untuk membantu kanak2 itu..... Semoga kanak2 ini cepat baik dan boleh cerita apa sebenarnya yg berlaku...
BalasPadamAllah..kesiannya tengok..spi cengkung..
BalasPadamNamanya pun hutan kan KC....adalah jugak makhluk halus yg mengacau tu agaknya.
BalasPadamKesian ......yg peliknya tahan pulak depa hidup sampai 47 hari lamanya tu