Ada tak agaknya orang yang mengambil pinjaman dengan menggunakan khidmat penjamin berniat dalam hatinya 'sahaja aku berhutang / mengambil pinjaman ini dengan niat tidak mahu membayar dan biarlah penjamin yang terbeban'? Mungkin sewaktu menandatangani pinjaman itu, tidak berniat dalam hati begitu, kan?
Yang penting, kalau pinjaman itu untuk menyambung pengajian, niatnya supaya dapat terus belajar. Kemudian dapat kerja 'yang baik-baik'. Kemudian dapat gaji. Kemudian dapat membantu keluarga. Kemudian dapat beli kereta. Kemudian dapat beli rumah. Kemudian boleh berumahtangga. Eh... ingatan untuk membayar hutang tu duduk di 'kemudian' yang ke berapa?
Dulu suamiku pernah dipotong gajinya kerana menjadi penjamin kepada kawannya yang mengambil pinjaman dan berhenti kerja sebaik sahaja mendapat wang pinjamannya.
Kini sekali lagi beliau diganggu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) gara-gara menjadi penjamin kepada anak kawannya. Peminjam bukan tidak dapat dikesan. Malahan bekerja di tempat yang sama dengan suamiku. Ibubapanya juga diketahui di mana kediaman mereka. Tapi pihak MARA siap mengugut suamiku. Tak cukup dengan surat-surat yang tiba bersilih ganti, disusuli pula dengan panggilan demi panggilan telefon. Jumlah pinjaman yang masih berbaki lebihkurang RM3K sahaja. Tak tahulah apa yang sipeminjam itu fikirkan...
Adakah Akta yang diperkatakan di bawah ini masih digunapakai?
( Artikel dari : SINI )
Pindaan Akta Kebankrapan lindungi penjamin diburu institusi kewangan
KUALA LUMPUR 2 Jan 2004. - Kerajaan telah menguatkuasakan pindaan Akta Kebankrapan 1967 pada penghujung tahun lalu yang akan memberi perlindungan kepada penjamin diburu oleh institusi kewangan berikutan kegagalan peminjam menyelesaikan pinjamannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pindaan undang-undang tersebut adalah terhad kepada penjamin sosial iaitu pinjaman perumahan, kereta, biasiswa dan amaun kecil.
Tambahnya, langkah tersebut bagi memastikan peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman mereka, diheret ke mahkamah. ``Seseorang penjamin tidak perlu bimbang selagi peminjam terbabit tidak diheret ke mahkamah kecuali mereka gagal dikesan di alamat rumah dan pejabat atau didapati meninggalkan negara ini, barulah mahkamah mengambil tindakan terhadap penjamin tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Pada 8 September lalu, Rais berkata, kandungan penuh cadangan pindaan akta tersebut antara lain mensyaratkan institusi kewangan mencari pihak yang meminjam terlebih dahulu dan bukannya menjadikan seseorang penjamin sebagai sasaran.
Tambahnya, perubahan dalam akta tersebut akan dapat mengelakkan situasi di mana peminjam yang gagal membayar balik hutang hidup dalam keadaan senang-lenang sedangkan penjamin pula yang terpaksa berhadapan dengan kesusahan akibat membayar hutang orang lain.
Rais berkata, kerajaan telah menerima banyak rungutan mengenai perkara itu menyebabkan mereka yang tidak bersalah dibicarakan ke mahkamah.
Tambahnya, pindaan akta itu membolehkan si peminjam terlebih dahulu dikenakan tindakan kerana didapati mengelakkan diri daripada menjelaskan pinjaman mereka di institusi kewangan terbabit.
Bagaimanapun menurutnya, pindaan akta tersebut tidak melibatkan pinjaman korporat.
Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan juga turut mewujudkan sebuah jabatan baru dikenali sebagai Jabatan Insolvensi yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jelasnya, jabatan itu akan diketuai oleh seorang ketua pengarah berperanan meneliti masalah berkaitan kebankrapan supaya dapat diselesaikan secara telus dan lebih berkesan.
Harap kita semua dapat hidup tanpa berhutang. Kena belajar ilmu hutang kata orag tua-tua dulu.
BalasPadammak..pm org kat FB MAK..yang call tu bukan mara mak..yang call tu ejen yg dilantik oleh mara..if ayah dah bayar 1/3 dari hutang nama ayah boleh dilepaskan tanpa lepaskan nama peminjam mak..
BalasPadampm org ye mak..
"Hutang" adalah suatu penyakit. Sebaik munkin hindarkanlah dari berhutang. Tapi ada masanya rasa dipaksa pula seperti dalam kes suami Kakcik yang menjadi penjamin. Kerana hutang kawan baik jadi musuh, keluarga pula menjadi jauh.
BalasPadamtolonglah bayar hutang...tolong sangat..kerana kesannya sangat dalam..bertanggungjawablah..PC pun dah kena kak..bertahun tak bayar..sampailah sekarang..peliknya langsung tiada rasa malu atau cakap minta tangguh atau apa..
BalasPadamSakit hati jer bila baca pasal hutang ni mak. Saya baru jer selesaikan hutang orang yang jumlahnya 5 angka mak. Bukan org lain tapi saudara kandung sendiri. Beli keta atas nama saya. Atas kepercayaan sedarah sedaging. Last² buat onar. Saya yang bersusah payah nak selesaikan semuanya sedangkan orang yang berhutang buat tak tau saja.
BalasPadamSaya pun masih menjadi penjamin kpd seorang kawan. Bila beberapa kali kawan itu miss bayaran datanglah surat cinta dari Mara. Bulan puasa lepas saya dapat surat dari mahkamah...semuanya kerana nak tolong kawan..
BalasPadamSuami saya pun pernah terkena kakcik..jd penjamin pd sipolan ni..sehingga nama blacklist...nak beli kereta pun terpaksa guna nama kakngah saya...mmg geram...ada sekali tu sepupu saya minta jd penjamin sbb nak beli kereta..saya terus terang ckp..bila hal yg melibatkan duit dan hutang ni saya mmg tak mahu bantu....bertahun juga tak bertegur...alih2 mmg benar...kakak dia sendiri kene tanggung hutang dia...Syukur saya menolak jd penjamin dia....
BalasPadamelakkan berhutang...bila berhutang kena bayar samada cepat atau lambat yang penting buat sesuatu
BalasPadamhmmm, adik mck juga kena macam abg bob....yg hutang ialah anak sedara.....bila mai warning, yg pi settle adalah ayah peminjam, iaitu abg kami la...
BalasPadamPatut institusi yg bagi pinjam tu trace org ambil loan ni dgn incometax.....kalu default, trus req majikan potong gaji....
myusah org kan
Asalamualaikum..singgah jup malam ni..selamat malam kakcik..take care
BalasPadamTak ditolong kesian...dah tolong buat taik pulak kan...kadang2 kt berada dlm keadaan serba salah kan kc...yg kesian penjaminlah...
BalasPadamssh lah kalu camtu... penjamin yg jd mangsa.... sbb tu skrg nih tak blh senang lenang nk jd penjamin sesiapa sbb kita tak blh nk agak hati manusia mcm ne kan...
BalasPadamtkde rasa bersalah pun ke org yg meminjam tuh, tak tkt di akhirat nnti ke? tak pun di dunia nih balasan nya nnti
dana cuma jd penjamin abah utk beli kete, n dulu masa nk beli kancil abah jgk yg jd penjamin dana n skrg alhamdulillah kete kancil tu masing2 dh abis bayo...
Sekarang saya masih penjamin adik saya. Alhamdulillah dia takde masalah bayar. Bab menjamin orang kena tengok dia tu siapa sedalam dalamnya kalau tak jangan tolong. Memang boleh bermasam muka tapi siapa yang susah nanti..kita juga. Moga Allah tolong permudahkan suami kakcik.
BalasPadambahaya..hutang sesama manusia memang kene langsaikan..sebab tu klu menninggal, waris kena selesaikan..
BalasPadamJadi penjamin mmg kena berhati hati KC. Mmg kena bersedia kena cari dgn pemberi hutang kalau hutang tak bayar. KC kasi gegarlah pulak orang tu biar dia rasa.....sakitnya tuh disini hihi....Yelah dialah kena bertanggungjawab atas pinjaman anak dia
BalasPadam