Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 Oktober 2015

Berapa peratus dari pembayar tol adalah penerima BR1M?...

...habaq mai sat...

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.


Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 


"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.


"Gerakan mahu saya meningkatkan kadar BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.


Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.


"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas  Ketua Menteri Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.


Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.


"BR1M ialah seperti skim-skim yang turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong. Malah Gerakan menggesa supaya BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan mengawal dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup," kata Siew Keong dalam ucapan aluannya dalam persidangan yang sama.


Beliau turut mencadangkan semua isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberikan potongan cukai bagi bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama seperti potongan cukai untuk insurans, KWSP, dan lain-lain perbelanjaan.

"Ini akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga berpendapatan sederhana, sementara BR1M menyediakan bantuan dalam bentuk wang tunai yang lebih diperlukan untuk golongan berpendapatan rendah," tambah Mah.

Sumber : ASTRO AWANI

10 ulasan:

  1. najib nih dh kenapa ek... skit2 nk kaitkan ngn brim... kite tak mintak brim tuh pun... n mmg dana tak layak nk dpt brim tu n ramai lg rasanya yg tak layak terima brim... itu ok lah, tp tak pyhla nk dok ungkit2... dia yg nk bg brim tu kan, takde rakyat mintak pun... dulu2 tkade brim boleh je rakyat usaha nk dpt duit... bila asik di bagi di suap ngn brim je... yg rajin pun jd mls....
    lainla kalu yg betul2 ssh tuh di tolong...

    maaf lah kakcik sbb terbebel lak... yelah, jgn la asik sua kami ngn alasan demi alasan je... cuba lah fkr bila di tempat kami

    BalasPadam
  2. Tenat dah sebenarnya negara kita ni kakcik
    Semua lubang digali rakyat pula yg kena bantu utk menutup lubangnya
    Berapa keratlah yg dpt BRIM tu..

    BalasPadam
  3. dah tak larat mak nak fikirkan kos ddk kl ni :( sedih sgt dipijak2 orang atas.

    BalasPadam
  4. betul cakak akak, bkn semua dpt BRIM, sy pun tak dapat BRIM
    dan sy percaya yg dpt BRIM pun mengeluh dan sedih dgn kenaikan tol ni sbb duit BRIM bkn dapat membantu mengurangkan beban pun

    BalasPadam
  5. ermmmmm..kita mampu mengeloh jer.. semuga Allah membantu menyelesaikan masaalah kita..

    BalasPadam
  6. takpelah kakcik...Pakcik tu kedekut nak kuar duit dia...biarlah kita yg derma...huhuhu

    BalasPadam
  7. asalamualaikum..singgah kejap malam ni...take cre kak..

    BalasPadam
  8. nak bagi brim pun pakai duit rakyat...

    BalasPadam
  9. Tulah tu.....nak kata okje ni dpt BRIM mmg le jauh sekali. Tp bahana Toll naik terkena jugak tempiasnya. Apa yg mampu kita lakukan selain terpaksa bayar. huhu....sedih KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.