Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 Oktober 2015

Hendak buat visa untuk ke India?...

...kalau tak tahu apa-apa, mudah-mudahan gambar-gambar di bawah dapat membantu...

(atau boleh juga rujuk catatan ini )


Untuk menjimatkan wang sebanyak RM21.20, permohonan visa boleh sahaja diisi atas talian
di pautan ini : https://indianvisaonline.gov.in/visa/ (panduan mengisi borang di : http://www.indiavisa.com.my/mly/application/visa_application_form.php )
kemudian cetak borang tersebut dan dibawa ke India Visa Centre pilihan anda.

Waktu permohonan visa

Biasanya visa akan siap dalam tempoh 3 hari bekerja.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

Sehingga 30/9/2015, bayaran untuk visa pelancong hanya RM161.56,
tetapi mulai 1/10/2015 bayarannya naik sehingga 19%.

Bayaran RM21.20 (termasuk GST) untuk 4 keping gambar.

Jika bawa gambar sendiri, pastikan saiz gambar itu adalah betul.

Sengaja selitkan gambar Dataran Merdeka yang diselubungi jerebu...

Tidak kelihatan langit membiru, awan memutih mahupun terik matahari...

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Izwa. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya...

      Padam
  2. Moga Allah permudahkan setiap urusan akak ye..rindu nak tengok awan kak..Allahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya keadaan jerebu pada petang ini semakin 'tebal'... AllahhuAkbar!

      Padam
  3. Sangat berinformasi..tq kakcik.
    Abang arawah Fahad ke yang ganti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seseorang yang tiada hubungan keluarga dengan Allahyarham Fahad, tetapi InsyaAllah seorang Muslim yang baik seperti Fahad juga...

      Padam
  4. oh tak lama lagi lah ye kakcik....insyaallah semuga selamat sepanjang perjalanan dan dipermudahkan semua urusan amiin
    enjoy your holiday kakcik..take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Nekcik. Semoga perjalanan kami dirahmati Ilahi dan dipermudahkanNya segala urusan...

      Aamiin.

      Padam
  5. semoga dipermudahkan percutian kak cik nanti, amin :)

    BalasPadam
  6. Hujan emas di negeri orang, hujan batu (tukar jerebu) di negeri sendiri. ehhh... tiba2 pulak yer.
    Semoga selamat perjalanan dan semua urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiba-tiba rasa nak duduk di negara orang yang tak ada jerebu...huhuhu

      Padam
  7. Esok kalau nak pergi bolehlah rujuk entri KC ni, sekarang pasport pun tak de KC hihi....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com