Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 September 2015

Mudah-mudahan nilai Ringgit Malaysia naik kembali...

Aku yang cuma duduk di rumah dan tidak keluar membeli-belah kecuali dibawa suami ini pun sangat terasa bahawa wang yang ada sudah sangat kecil nilainya...

Hendak beli barang dapur pun puas berkira-kira.  Aku sedar bahawa peti sejuk di rumahku kian kurang isinya sekarang.

Aku harap anak-anak akan mengerti bila aku semakin tidak mampu untuk memenuhi apa yang mereka ingini.

November nanti aku akan bercuti ke luar negara.  Mungkin ada yang berkata, sudah tahu tak mampu kenapa hendak pergi juga? Perancangan sudah dibuat sekian lama dan tiket penerbangan juga sudah ditempah sebelum nilai ringgit menyusut hari demi hari. Andai terpaksa (kerana ringgit belum ditukar lagi), mungkin percutian itu akan menjadi impian yang tidak akan menjadi kenyataan,  Hanya Allah yang menentukan...

14 ulasan:

  1. smoga matawang kita kembali normal..
    dah buat perancangan.. pergi saja kan =) semoga dipermudahkan urusan..

    BalasPadam
  2. harapnye turun la kan.. sy pon nk pergi berjln nnt huhu

    BalasPadam
  3. Alaahh... jangan lah begitu.. INSYALLAH akan terlaksana.. berdua'a lah kita terus - terusan ye kak..

    BalasPadam
  4. eh..turun ke naik? alhmdulillah semalam naik sikit..semoga kembali stabil hndaknya..

    BalasPadam
  5. Moga kakcik sihat dan selamat pergi dan balik sepanjang percutian tersebut, jugak untuk rutin harian.. ;)

    BalasPadam
  6. Teringat zaman sekolah tahun 1970an dulu masa tu nilai duit Singapura rendah sikit dari nilai duit Malaysia. Kadang2 dapat tukaran duit Singapura, bila bawa ke kedai taukeh kedai tak mau duit Singapura kerana $1 Singapura tak sama dengan RM1 Malaysia. Nilai $1 Singapura masa tu cuma 90 sen duit Malaysia. Sekarang kalau bawa duit Singapura mesti taukeh kedai berebut nak sebab $1 Singapura sama dengan RM3.08 Malaysia...

    BalasPadam
  7. Rezeki tu kakcik duit naik ke duit turun ke kalau Allah dah tentukan rezeki akak nak berjalan tetap akak boleh pergi.

    BalasPadam
  8. TU LA KAN .... HARAP RM KEMBALI STABIL ... DAN NAIK ....

    BalasPadam
  9. takme mak..ade rezeki mak nanti nak pegi bercuti tu..

    BalasPadam
  10. harapnya dpt la pulih semula kadar nilai ringgit kita... harapnya PM sedar lah yg skrg bukan masa utk main jual2... serius lah skit dlm menangani hal nih

    BalasPadam
  11. Tak apalah kakcik pergi ajelah sebab dah merancang tu.
    Pergi melancung bukan semestinya nak shopping.
    Memang nasib kita rakyat marhaen dah tak mampu nak kata apa..

    BalasPadam
  12. Betul KC....kalau gi Tesco tu.....tak penuh troli pun dah Rm 200 lebih....Seram nengoknya.....
    Yelah kan sayang jugak tu kalau terpaksa cancell tiket

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com