Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 September 2015

Hujan lebat...dan kepada anak-anak itu aku teringat-ingat...



Anak bongsuku keluar dari rumah untuk ke padang.  Baru sahaja keluar dari hospital dan doktor kata dia ada masalah athma apatah lagi dalam keadaan berjerebu sekarang.  Dilarang pun dia keluar juga, Sudah itu minatnya.  

Aku sedang berbaring-baring sewaktu dia keluar.  Sedar-sedar sejam kemudian, dia balik.  Oh, aku tertidur dengan lena rupa-rupanya.  Aku lihat suasana suram dan agak gelap.  Aku pandang keluar. Eh...hujan lebat.  Patutlah Adik dah balik.  Macamana hendak main bola dalam hujan lebat.  Nanti demam pula.  

Ingatanku tiba-tiba terarah kepada 'anak-anak itu'.  Anak-anak yang berkeliaran di stesyen-stesyen minyak.  Di kedai-kedai makan.  Di hadapan bank-bank.  Dari pagi hingga ke malam.  Dalam hujan. Dalam panas.  Dalam jerebu.  Bagaimana dengan makan minum mereka?  Bagaimana dengan waktu rehat mereka.  Bagaimana dengan waktu belajar dan solat mereka?

Aku terbayang sekiranya mereka anak-anakku.  Anak-anak yang aku hantar untuk menuntut ilmu. Namun jauh dari pengetahuanku, kiranya anak-anakku sewenang-wenangnya diperlaku begitu. CUBA DEKATI ANAK-ANAK ITU.  CUBA BERTANYA KEPADA MEREKA. PASTI MEREKA PETAH MENJAWAB BAHAWA MEREKA LAKUKAN DENGAN RELA.  Pastinya mereka sudah dilatih dengan jawapan-jawapan.

Sampai bilakah nasib anak-anak ini akan terbiar begitu sahaja?  Bila terjadi 'sesuatu kes' seperti KES INI, akan riuhlah sekejap suara-suara PEMBELA.  Kemudian ia senyap begitu sahaja. 

Sudah bertahun-tahun, anak-anak kita dipergunakan.  Kita selalu bersimpati bila 'melihat kera di hutan', tapi kita lupa anak kita sendiri hampir mati tak makan.  Artikel dari ONDSCENE ini sudah lama diterbitkan, tapi kegiatan mengutip derma ini masih terus berjalan. Tiba-tiba aku rasa ingin tahu, adakah di antara anak-anak itu sudah menjadi setidak-tidaknya ahli perniagaan berkat 'latihan' yang telah mereka lakukan?

AllahhuAkbar... jauh lamunanku pada pagi ini...

14 ulasan:

  1. Bila dipikirkan balik memang kesian dengan budak2 yg 'dipergunakan' oleh pusat tahfiz berkenaan. Juga rasa kesian dengan pengurusan pusat tahfiz yg bersemangat nak tingkatkan syiar Islam tapi tiada dana mencukupi untuk membiayai. Mesti ia berlaku bukan kerana salah budak, mungkin ia berlaku kerana salah pengurusan pusat tahfiz, juga salah masyarakat dan pemerintah yang kurang membantu...

    BalasPadam
  2. Apakah respon mak bapa mereka bila mengetahui anak anak sendiri seperti ini?

    BalasPadam
  3. Selalunya suami saya kan berikan mereka duit...dan pesan "Ini Buat kamu..buat kamu utk mkn..bukan utk pusat tahfiz itu"....bila kita tanyakan jawapan.. mereka mmg menipu kakcik...namun apa daya itu yg diajarkan oleh "ayah" atau "ibu" mereka itu...selalu kat tempat saya tu pukul 2 dah mula...bila tanya dtg dari UTARA ...bila suami tanya tak sekolah..dia kata sekolah pg...tak kan jauh nun di utara boleh sampai 1 jam perjalanan ke Selangor.

    BalasPadam
  4. kesian.
    pernah cuba tanya.. tapi terus jalan tak toleh kiri kanan... takut agaknya.

    BalasPadam
  5. huhuhu kalu di tanya jawapan mereka sangat mantap kakcik, jawapan sgt bersahaja n yakin tp.... di sebalik itu kita tak tau... cuma manusia yg memperlakukan mereka sebegitu mmg syaitan...

    BalasPadam
  6. mak ayah budak2 tu tak tahu ke anak2 diaorang dipergunakan??

    BalasPadam
  7. Hari tu terbaca tentang pengasas tahfiz ini....

    BalasPadam
  8. wlupun dah lama dan dah kecoh dan org ramai tak lagi bagi duit tp mereka ini masih ada di stesen minyak

    BalasPadam
  9. Walaupun kasihan, tapi demi untuk menghentikan penindasan ini, saya dah berhenti beri duit dan bertanya.

    BalasPadam
  10. sedih sebenarnya..sebangsa..seagama..sedang ada mata mata setia memerhati sambil geleng kepala..tanpa kita sedar..

    BalasPadam
  11. Semalam OKje nampak budak budak yg dicutikan tgh seronok mengukur jalan KC....Entah apa yg dihangkutnya tu....mcm nak memancing jer gayanya . Suka depa dapat cuti....hihi...
    Itulah.....kesian mereka kan.....yg mereka pikir keseronokan sekarang, masa depan mereka, langsung tak terbayang ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com