Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 September 2015

Sebagai ibu, aku takut untuk berkecil hati dengan anak-anakku...

...walaupun mungkin anak-anak tidak pernah takut untuk mengecilkan hatiku!

Sebagai seorang yang kian dimamah usia (ya, sepatutnya seiring itu aku makin bertambah matang atau mungkin juga bertambah nyanyuk), hatiku kian mudah tersentuh (itulah juga perasaan ibuku dulu).  

Bila anak-anak mula melebihkan kawan-kawan daripada diriku, aku mudah jadi tersinggung.  Hatiku mula tertanya-tanya, apa istimewanya kawan-kawan mereka hingga aku boleh dilupa?  Pantang dipanggil kawan-kawan, mereka boleh pergi tanpa menoleh lagi.  Lupa untuk memberitahuku ke mana mereka hendak pergi.  Lalu aku jadi sedih sendiri.

Namun cepat-cepat segala perasaan tidak enak itu kucuba tolak ke tepi.  Aku ini ibu mereka,  Biarlah aku memohon dari Ilahi agar keselamatan mereka sentiasa terjaga.  Aku tidak mahu mereka 'terhukum' semata-mata kerana sikap mementingkan diriku ini.  Doa ibu terhadap anak itu tiada hijabnya.  Begitu juga bila seorang ibu terdetik hati 'cemburukan' anak sendiri.  Aku takut, sangat takut sekiranya detik hatiku itu akan menjadi hukuman buat mereka.  Jadi, biarlah aku doakan yang baik-baik sahaja.  Istighfar banyak-banyak. Biar tenang perjalanan hidup anak-anakku.  Biar mereka sentiasa selamat dalam dakapan kasih Ilahi bersama restu dan doa yang baik-baik dari seorang ibu.

Anak-anakku, kasih ibu tiada batasannya buat kalian...

20 ulasan:

  1. aduh.. jgn la sampai saya buat mak ayah terasa hati.. saya selalu doa kak.. kalau pun takdirnya saya usaha, tapi tak berjaya jadi org yg mak ayah saya harapkan.. tapi saya harap saya tak jadi anak yg menyusahkan mereka..

    BalasPadam
  2. Tersentuh hati ini... cari balik rasa hati yang dah tumpah tu...

    BalasPadam
  3. tetiba rindu ngan mak..tersentuh rasa membaca entry ni bonda..

    BalasPadam
  4. Saya pun berperasaan yang sama. Teringat mak di kampung... tentu perasaannya berlebihan lagi dengan keadaan kesihatannya yang kian uzur...

    BalasPadam
  5. *telanairliur* adakah saya juga tergolong dalam anak yg mengecilkan hati ibu bapa saya tanpa sedar...? allah..

    BalasPadam
  6. Setitis air mata ibu... Moga kita menjadi ibu yang redha atas setiap perbuatan anak2...

    BalasPadam
  7. Betul...disebalik senyum tawa ibu kita..kita tak tahu apa dalam hati mereka..sebagai anak PC selalu tanya mama..ma jua selalukan kecilkan hati mama..maaf ma..sengaja atau tidak ampunkan..biasanya mama cakap yang jua sedar perbaiki jangan ulangi yang tidak sedar itu lumrah manusia...mama maafkan semua..sebab kesannya kita tak jangka..risau hati ni kakcik..

    BalasPadam
  8. Terkesan rasa bila baca coretan kakcik ni...menjadi ibu dan punya anak2 dan dlm masa yg sama menjadi anak yg masih punya ibu...saya berharap supaya tidak berlebih tingkahlaku sehingga mak akn kecil hati...tp kan kakcik...sebagai ibu yg semakin hari semakin menginjak usia ni..hati saya mudah jer terasa dgn tingkahlaku anak2...

    BalasPadam
  9. iyalah Kakcik mungkin bagi mereka tak salah..atau perkara kecil..sebab mereka tahu hati ibu..marahnya hanya sekejap..lagi lagi anak anak yang menginjak remaja ni...

    BalasPadam
  10. Saya juga pernah rasa macam nak kecil hati dgn kerenah anak-anak pada ketika2 tertentu. Tapi bila terpikir saya di usia mereka juga pernah lakukan perkara yg sama, malah mungkin ada ketikanya lebih teruk dari mereka, sejuklah balik hati saya. Itu dugaan Tuhan barangkali, Dia bayar balik hutang yang pernah kita timpakan kpd ibu bapa kita dulu...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...betul tu kak kekadang terasa kecik hati juga dgn anak2 ni..tapi bila fikirkn balik mmg x elokkan...kita sebagai ibu kena sentiasa mendoakn keselmataan anak2...

    BalasPadam
  12. sebak lak baca kakcik.... betul lah kan, kalu apa terdetik di hati ibu anak yg terima balasannya walaupun mungkin kita tak perasan... huhuhu

    BalasPadam
  13. kakcik, terima kasih di atas peringatan ini, kdg2 sy rasa jaga ank2 kecik ni dah mencabar sgt dah, tp kecik cara kecik, besar cara besar masalahnya,
    hmmmmmm, bila dah besar nnt entahlah mcm mana lah agaknya ank2 sy nanti, tp betul tu cakap akak, kalau kita berkecil hati takut diaorg nanti dpt musibah
    sebagai ibu ni byk sgt ujiannya utk kita kan

    BalasPadam
  14. kekadang pun terdetik macam tu.. tapi cepat2 hilangkan perasaan tu. Moga anak2 kita sentiasa dalam Rahmat & lindungan Allah.. Amin.

    BalasPadam
  15. lebih2 lagi bila mereka dah punya keluarga sendiri...lebih banyak kita perlu sabar..tiap kali tersinggung...lekas2 maafkan mereka...

    BalasPadam
  16. Betullah, kakcik. Sekarang ni barulah faham perasaan seorang ibu. Kalau dulu asyik terasa pelik kenapalah emak ni sikit-sikit pun nak tegur, nak terasa. Bila kita sendiri dah jadi emak barulah tahu perasaannya. Memangnya semakin usia meningkat semakin sensitif jadinya, Kakcik!

    BalasPadam
  17. Sangat memahami perasaan mu. Kita serupaaa......

    BalasPadam
  18. Namanya pun ibu KC.... Bukan KC aje, OKje pun sama jugak. Tapi tulah....selalu sematkan dlm diri ini, tak mau berkecil hati dengan mereka. Kekadang mulut tu memaafkan, tapi hati terluka. Jenuh le buang jauh jauh perasaan terluka tu. Namanya pun manusia KC......

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com