Kawan-kawan kakcik

Rabu, 9 September 2015

Bolasepak : Malaysia lawan Arab...

...persoalannya, bagaimanakah segala mercun dan bahan terlarang itu boleh 'tembus' ke dalam stadium ?  


Cukup-cukuplah kebelakangan ini negara kita 'terkenal' di mata dunia dengan peristiwa-peristiwa 'di luar jangka'.  Slogan 'Malaysia Boleh' bukan bermakna kita hanya boleh di dalam perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah - itu pun sekiranya kita rasa kita masih punya maruah!

15 ulasan:

  1. hmmm kadang tu sikap penyokong kita ni melampau juga tapi disebabkan penyokong marah dengan coach yang masih menurunkan pemain yang sama .... memang tak dapat dimaafkan ... baung je pemain yang bajet star yang dah malas tu .... bagi peluang pada pemain muda ....
    kalau coach je letak jawatan tapi pemain masih yang sama .... sama je ....

    nilai integriti ...semangat mereka tu ... yang kurang ... klu ade rasa cintakan negara pasti mereka berjuang berhabisan .....

    jgn salahkan penyokong yang membayar RM30 dan bazirkan masa selama 1 jam 45 minit tu belum campur jem lagi ... hanya untuk dapat ape yang team malaysia pamerkan semalam .....

    sy tak sokong ape yang penyokong/ultras buat tapi saya luahkana pe yang sy rasa sebagai peminat bola sepak malaysia ......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. saya pun tak sokong apa yang berlaku tu tapi kalau pengurusan masih ditakuk lama, sampai bila-bilalah macam tu, takde perubahan. buat peminat/penyokong naik meluat/menyampah.

      Padam
  2. kalau ye pun marah sgt kt FAM tuh jgn la sampai memalukan nama negara di mata dunia.... jaga lah adab sopan tata susila kita sebagai org asia yg katanya lemah lembut budi bahasa.... tak tau lah apa nk jd ngn diaorg nih... marahkan nyamuk sekor rumah di bakarnya

    BalasPadam
  3. Buat malu Malaysia jer, Mana pergi adab sopan dikalangan rakyat kita? Kalau marah sekali pon, janganlah sampai memalukan negara. Cukup² lah citer² sensasi pasal negara kita lately. Jangan lah ditambah malu tu lagi.

    BalasPadam
  4. Betul tu KC..... sudah sudahlah buat halnya Malaysia ni weyh...malu kat orang!
    Ni yang Malaysia kena 10-0 tu ke KC

    BalasPadam
  5. Saja depa nak harumkan nama negara kot, lepas ni nama Malaysia semakin terkenallah di seluruh pelusuk dunia, tak cukup dengan kes 1MDB, kes hadiah RM6.2 bilion, kes kalah 10-0 kpd UAE dan semalam kes bakar suar pula. Semangat Malaysia boleh bukan saja ada pada pemimpin kita, nampaknya ia dah berjangkit kpd rakyat marhaen, hahahaha...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik...mmg memalukan sungguh...:)

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik. Baik saya tumpukan sepenuh perhatian, jiwa dan raga saya kepada Rugby World Cup yang akan berlangsung pada 18/9 di England....Hidup All Blacks!

    BalasPadam
  8. Berapa agaknya denda yang akan FAM kena ?tunggu je keputusan nya dari FIFA nanti...semoga kejadian ni mebuka mata FAM..kadang2 kita kena juga bekorban demi sebuah kejayaan..kalau tak buat macam ni entah bila FAM nak sedar.Macam2 saluran dah guna ,mungkin ini jalan terakhir...Lagipun benda ni dah dirancang dan dah di war2 kan..kenapa FAM tak ambil kesah soal keselamatan??kenapa tak bersedia?sebab FAM tak peduli pun semua tu..Soal apa negara lain nak fikir itu belakang cerita,negara lain pun sama je macam negara kita..yang sampai serbu pejabat persatuan pun ada..kira ok lagi sebab ultras cuma protes di dalam stadium..tak de sampai nak serbu pejabat FAM..

    BalasPadam
  9. dari politik..sukan...semuanya kucar kacir...

    BalasPadam
  10. apakah ini balasan buat kita...?? matawang jatuh, sukan semakin merudum apa saja serba tidak kena...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com