Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Julai 2015

Waspada jika diminta bayar RM500 untuk dapatkan rumah berharga RM150K...


Tergerak hatiku untuk mencari dan menyalin artikel ini berikutan perbualanku dengan En Suami yang hampir sahaja terpengaruh untuk membayar wang RM500 itu kepada 'seseorang' yang mempromosikan 'rumah dengan harga murah tapi perlu bayar RM500 dahulu' di sebuah pusat beli-belah...


Tengok harga rumah sekarang memang boleh buat sesak nafas, lagi-lagi rumah di sekitar Lembah Klang. Atas sebab itulah ramai terpaksa menyewa dek kerana kekangan seperti gaji yang tidak melayakkan diri untuk memiliki rumah sendiri.

Namun iklan daripada syarikat pemaju ini tentang harga rumah yang cukup murah dan tak masuk akal ini mengundang seribu satu persoalan.

Betul ke ada rumah dengan harga macam ini? Atau sekadar sindiket memandangkan kena bayar RM500 untuk jadi ahli dulu?

Promosi sekitar pasaraya & pusat beli belah


Ditawarkan dengan harga rumah yang berkali-kali murah daripada harga asal pastinya menjadi perhatian ramai. Tambahan pula syarikat pemaju ini siap membuat promosi di sekitar pasaraya dan pusat beli belah seluruh Malaysia.

Yang peliknya nak beli rumah tapi kena bayar RM500 dan jadi ahli terlebih dahulu. Selepas bayaran dibuat, sebaliknya hanya resit sahaja yang diberi, bukan sebarang surat perjanjian. Boleh percaya ke?

Tiada bukti projek terdahulu


Ragu dengan harga rumah yang ditawarkan, segelintir netizen cuba mendapatkan kepastian namun jawapan yang diberikan cukup menghampakan.

Walaupun didakwa sudah lebih 20 tahun menjalankan perniagaan, pemaju berkenaan gagal menunjukkan sebarang bukti tentang projek-projek yang telah dibangunkan.



Malah usaha orang ramai untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang butiran lanjut berkenaan rumah yang ditawarkan dan latar belakang syarikat tidak berjaya. Hasil semakan status syarikat juga tiada rekod.

Siap beli untuk anak


Andai benar seperti yang didakwa, syarikat pemaju ini wajar dikenakan tindakan undang-undang memandangkan ia seolah mengambil kesempatan terhadap golongan yang memerlukan.

Yang kena orang kita juga.


Apa-apa pun harap korang semua berhati-hati. Jangan sebab nak beli rumah,kita kena tipu bulat-bulat.

Sumber : Facebook Say No To MLM , Twitter Neorackle

16 ulasan:

  1. Assalam Kakcik.

    Ada juga orang bisnes macam ni ye. Saya dulu byr harga booking rumah pun RM500 tapi terus isi borang dan booked rumah based on pelan yang dia bagi.

    Hati2 la dengan penipu, zaman ni memang ramai yang nak dapat duit cepat.

    BalasPadam
  2. mcm2 org nk menipu ni..tp tk logik harga rumah murah tp kena byr mcm nk jd ahli...tgk2 lesap la duit tu...skarang ni kalo pelik2 tkleh nk terburu2 kn...byk sgt kaki tipu..moga kita smua dilindungi...kdg2 kita nmpk murah mesti rmi yg tertarik kn

    BalasPadam
  3. Mesti waspada sentiasa..moga Allah jauhkan kita daripada musibah ciptaan manusia yang sanggup menganiaya sesama sendiri..

    BalasPadam
  4. hhhmmm.. org sekarang pandai benar menipu.. cukup berani.. kita lak kena lebih2 hati dan bijak.. sabar jew la

    BalasPadam
  5. macam2 perangai manusia nie......semoga kita semua dilindungi dari terkena tipu...nauzubillah...

    BalasPadam
  6. Mudah mereka mencari mangsa..
    Moga kita semua dijauhkan dari menjadi mangsa penipuan sebegini..

    BalasPadam
  7. pandai je nk cari duit mudah... kalu org yg mmg sgt nk beli rumah tp tertipu camne lah... sian nya kan

    BalasPadam
  8. Ok kakcik nak minta izin nak sebar ke grup wassap.

    BalasPadam
  9. Dengan resit je??adoi..yang bayar tu pun tak fikir panjang ke??sebab tu kalau nak beli rumah kena tanya orang yang ada pengalaman..

    BalasPadam
  10. Penipu sentiasa menganga mulut di sekeliling kita, bila terlalai kena ngapppp lah jawapnya...

    Bagi pembeli rumah, seeloknya siasat dulu perfomence syarikat pemaju tersebut, latar belakang dan sejarahnya. Boleh juga semak dengan Kementerian Perumahan supaya tak jadi mangsa penipuan syarikat yang tak wujud atau syarikat yg dah digantung lesennya...

    BalasPadam
  11. nangis nangis nak buat loan tapi tak lepas...cane nak beli umah???dikatakan gaji masih lagi kecil tapi harga rumah yg mahal sebenar nyer!

    BalasPadam
  12. done follow #1154

    ena pernha di tawarkan offer sebegini..mujur la x terpedaya

    BalasPadam
  13. uiii memang harga rumah sekarang ni boleh nanges dibuatnya...'harga mampu tengok'

    BalasPadam
  14. Macam-macam cara ya orang nak menipu sekarang ni. Tapi masih ramai lagi yang percaya walaupun terlalu bagus sangat untuk dipercayai. Kesian pada yang tertipu. RM500 untuk kad diskaun ke membership card ke, memang mahallah pada saya!

    BalasPadam
  15. Saya ni sedang buat research sikit-sikit pasal cara buat rumah atas tanah sendiri. Tengah google, terjumpa page kakcik. Terkejut gak ada developer sanggup buat camni. Peringatan juga untuk kami suami isteri supaya tak simply percaya kat developer yg tawar harga murah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com