...itulah jawapan spontan yang aku beri bila ada yang bertanya :
'dah bersara ni, buat apa kat rumah?'
iyalah, kalau aku hendak bekerja semula, lebih baik aku jangan bersara
jika diikutkan dari usia aku bersara pilihan tahun lepas, ada 7 tahun lagi sebelum aku bersara wajib
ada juga yang bertanya :
'seronok jaga cucu?'
dan selalunya aku jawab :
'cucu? biarlah makbapak dia yang jaga. Sesekali bolehlah saya tengok-tengokkan'
ada yang bagai tidak percaya
mereka ingat aku bersara awal kerana hendak jaga cucu
eh...baiklah aku jaga diriku sendiri
dah puas aku jaga anak-anak dari mereka kecil sampailah sekarang
kadang-kadang sampai tak boleh tidur bila mereka balik lewat
kadang-kadang hilang rasa lapar bila memikirkan apa yang mereka hendak makan
cukup-cukuplah
masa yang ada sedikit sebanyak untuk aku mencari diri...
Betul kak..berehatlah setelah penat bekerja..menjaga anak anak dulu..
BalasPadamKannnn? :)
Padamasalamualaikum kak cik....beraya kemana arini....yan pun dah bersara awal...huhu....jaga hubby aje sekarang ni
BalasPadamAlhamdulillah...
Padammenjaga suami dan anak2 pun kerja juga... :)
Assalamualaikum kak ...suka baca entry kak.. betul tu.. walaupun saya masih muda..tp anak2 saya saya tk bg mami saya jaga..
BalasPadamWa'alaikummussalam...
Padamterima kasih sudi baca blog ini... :)
Pelan nak p US lah :D
BalasPadamInsyaAllah kakcik ada rancangan hendak melancong lagi... :)
Padamhaha.... dah betul lah jawapan tu. dah pencen nak watpe lagi kan? ramai senior sy pun pencen opsyen. masing2 nak rehat katanya. cukup - cukuplah kerja dulu. sekarang diorang cakap nak rehat2 ngan suami, cover balik apa yg tak dapat nak dibuat masa zaman sibuk bekerja dulu.
BalasPadampencen dalam keadaan sihat walafiat adalah salah 1 nikmat tu... ^_^
Benar...
Padamkesihatan itu nikmat yang wajib disyukuri. Yang penting tidak menyusahkan anak cucu... :)
betul tu...cucu? biarlah mak bapa dia yang jaga. kita jenguk sesekali jerr....
BalasPadamsaya kalau boleh zaman tak kerja ni, nak enjoy life la....
Iya. Dah puluhan tahun bekerja, mudah2an waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya selagi dalam redho Yang Maha Esa... :)
Padambestnya dapat rehat kan... enjoy sakan :D
BalasPadamAlhamdulillah... :)
PadamBetul. saya setuju. Mungkin saya pon sama...nak pesan kat depa nanti...jaga lah anak-anak sendiri....rumah papa bukan "nursery!"...saya nak berjalan....
BalasPadamHahaha... kannnn?
PadamBagilah kita peluang 'bercuti dengan erti kata benar-bernar bercuti'... :)
Betul.. saya setuju.. bagi peluang kepada ibubapa untuk berehat..
BalasPadamIbubapa dah penat jaga anak2, kan? :)
PadamDah penat jaga anak-anak, tak payah fikirlah nak jaga cucu pulak lepas bersara. Bagi peluang anak-anak merasai pengalaman kita dulu.
BalasPadamBagus juga jawapan Kakcik kalau orang tanya macam tu :)