Kawan-kawan kakcik

Rabu, 8 Julai 2015

Siapa lagi yang hendak kupercaya?...

...baca di sini
begini ceritanya

dengar di sana
begitu katanya

tonton di situ
katanya jangan percaya

bersembang-sembang
lain pula kononnya

jadi???
apakah aku harus menutup mata
memekakkan telinga
jangan lagi berkata-kata

melainkan
telan sahaja segalanya
walau racun wajib minum
walau duri telanlah sahaja

jika begitu
ikat sahaja tanganku
bunuh sahaja pemikiranku
jangan bagi peluang aku menilai
biarkan aku lemas terkapai!

11 ulasan:

  1. rakyat sedang menunggu penjelasan...

    BalasPadam
  2. Dah tak tahan menahan perasaan..
    Mata melihat..
    Telinga mendengar..
    Hati menahan rasa..

    BalasPadam
  3. Bagai Diletak kan batu di atas kepala
    Setiap hari ditambah seketul dua
    Beratnya terasa berganda-ganda
    Namun apa kan daya mereka yg berkuasa
    Keluh Kita mereka tak rasa
    Perit Kita mereka tak rasa
    Kepayahan kita mereka tak rasa
    Ahhhhh....marhaein juga yg tersiksa....

    BalasPadam
  4. dlam btl maksud kiasan nyer nih kakcik...

    BalasPadam
  5. Malas saya nak terus mengikutinya, Kakcik. Makin sakit jiwa jadinya. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Tengoklah lemas ke tidak ^_^

    BalasPadam
  6. makin buhsan dgn berita itu dan ini...rakyat juga yang menggung beban

    BalasPadam
  7. kita lihatlah keputusannya nanti..

    BalasPadam
  8. rileks ajelah... tak perlu tensyen...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com