Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Julai 2015

Rumahku dimasuki pencuri...

...berdasarkan segala bukti termasuk rakaman cctv di atas pintu
aku pun ke rumah penghulu untuk mengadu
malangnya penghulu bersikap 'pilih bulu'
lalu aku pula yang disoal siasat bertalu-talu

'kecurian berlaku kerana salah kamu'
'mungkin kamu yang terlupa mengunci pintu'
'kamu terlalu menunjukkan kekayaan kamu'
'kamu begini kamu begitu'

lalu terpinga-pingalah aku
eh ... penghulu ini sengaja mencari salahku
bukan dia ambil kisah dengan aduanku
sebaliknya melindungi sipencuri seolah-olah ada sesuatu

bila kutanya tidakkah hendak mengambil tindakan
sekali lagi aku terkedu mendengar jawapan
'yang kau tuduh itu kedatangannya akan dinantikan'
'bila-bila masa sahaja beliau dialu-alukan'

boleh pula jadinya begitu?
bukankah dahulu kalau diadukan tentang 'sianu'
tak sempat siang rumahnya diserbu
lengkap dengan sebatalion soldadu
kau bawa dia pergi setelah kau pecahkan pintu

tapi yang ini lain pula rentakmu
tahu-tahu kau kata sudah datang pun sipencuri itu bagai tetamu
keterangannya telah kau rakam dalam bilik yang bisu
tunggulah hasil siasatan nanti akan diberitahu

beginikah keadilan ciptaan manusia
yang tertindas terus ditekan hingga tak bernyawa
yang menindas dibela sambil bergelak ketawa
maka tunggulah penghakiman dari Dia Yang Maha Berkuasa...

22 ulasan:

  1. Inalilahiwainailaihirajiuun....itulah dunia sekarang.smua boleh dibeli mlainkan nyawa

    BalasPadam
  2. dia tidak akan dapat lari ke mana
    kalau tidak tersudut di dunia, tunggulah sahaja nasibnya di sana.

    BalasPadam
  3. Doa Jutaan Insan Teraniaya..ALLAH tak akan persia....

    BalasPadam
  4. Amboih...buleh karang sajak ni kak....anyway, saya bersimpati..

    BalasPadam
  5. Kenapa la macan tu kan kak..buat hati lebih sedih dan pedih..

    BalasPadam
  6. kakcik, kadang dana terpinga utk memahami dalamnya maksud puitis2 kakcik nih,...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Tak ckup tanah kang kena lari, dihambat orang kanan dan kiri, belum lagi azab di mahsyar nanti, sama-sama kita doa dia sempat insafi salah diri sebelum pintu kubur melambai lambai minta pergi

    BalasPadam
  8. mudahan si pencuri tu cepat ditangkap pihak polis...amin...

    BalasPadam
  9. mulanya ingat rumah kak cik dimasuki pencuri...
    baca dan fahami dengan mata hati...barulah faham dan amat bermakna sekali..
    semoga kita dilindungi oleh Allah..

    BalasPadam
  10. Saya mula2 konfius..tapi bila masuk rangkap ketiga, saya dah mula mengukirkan senyuman. Terbaik Kakcik. Sorry, saya memang penyokong si anu. Tak kira apa orang kata. Yang permata sekarang ni sebenarnya kilauan pasir di pantai jer. Sedangkan dunia bukan main mengagungkan permata palsu. Eiii..saya geram betul...

    BalasPadam
  11. si pencuri anak sedara dia kot..

    BalasPadam
  12. Rakaman CCTV pun tidak membantu....
    tambah pening dan makin celaru..

    BalasPadam
  13. Dalam sungguh maknanya ini kak cik

    BalasPadam
  14. Terkedu. Makin lama makin parah. Makin berbelit-belit cerita. Tapi si pencuri tetap juga bermaharajalela tertawa!

    BalasPadam
  15. Tiba2 pencuri pulak yang seperti dianiya..hahah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com