...sebaliknya sekarang sudah ada kopi tahi gajah yang merupakan kopi termahal di dunia...
Gambar dan artikel asal dari :
KOSMO
Di satu kawasan
berbukit-bukit yang subur di utara Thailand, seorang wanita sedang leka
mengasingkan biji kopi dari timbunan najis gajah.
Proses pengasingan biji kopi itu merupakan sebahagian daripada
kerja-kerja untuk menghasilkan minuman yang dianggap termahal di dunia.
Terletak di bahagian pedalaman, Thailand yang bersempadanan dengan
Myanmar dan Laos lebih dikenali sebagai lokasi penyeludupan dadah
berbanding penghasilan kopi.
Namun, seorang pengusaha kopi warga Kanada, Blake Dinkin, 44,
mengambil keputusan untuk menjalankan urus niaga yang sah di kawasan
itu.
“Apabila saya menjelaskan mengenai projek ini kepada penggembala gajah, saya tahu bahawa mereka akan menganggap saya gila.
“Namun, kopi yang terhasil dari saluran penghadaman gajah dapat
menghasilkan minuman yang mewah kepada para pencinta kopi,” kata Dinkin
yang merupakan pengasas jenama Black Ivory Coffee.
Dia menggunakan sistem pencernaan gajah untuk menghasilkan biji kopi yang berkualiti dan bernilai tinggi.
Pada mulanya, dia hanya mempertimbangkan hasrat untuk menggunakan
musang luwak bagi menghasilkan kopi dengan mengutip biji-biji kopi dari
najis haiwan tersebut.
Bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap kopi menerusi najis
musang itu semakin meningkat di Asia Tenggara selepas ramai pengusaha
dari Thailand, Indonesia dan Vietnam menceburi bidang tersebut, kualiti
produk itu semakin berkurangan.
“Saya pernah menimbang
hasrat untuk menggunakan singa dan zirafah sebagai mencerna kopi tetapi
memilih gajah kerana haiwan ini memakan kopi pada musim kemarau di Asia
Tenggara,” katanya.
Dia juga bekerjasama dengan persatuan kebajikan penyelamat gajah
dengan menyelamatkan makhluk itu daripada dijadikan haiwan untuk tujuan
pelancongan.
Namun, menghasilkan kopi daripada najis binatang berbadan besar dan
berkulit tebal itu adalah lebih sukar daripada yang dijangkakan.
“Saya fikir, ia akan menjadi mudah dengan memberikan gajah tersebut memakan biji kopi dan ia akan mengeluarkan kopi yang hebat.
“Keputusan awal yang saya terima amat dahsyat kerana ia langsung tidak boleh diminum.
“Saya mengambil masa selama sembilan tahun untuk merealisasikan impian ini,” katanya.
Menurutnya, enzim dalam perut gajah berfungsi sebagai sebuah periuk
masak. Secara perlahan-lahan, biji kopi yang dimakan oleh gajah itu akan
diperap bersama herba-herba dan buah-buahan lain yang dimakan haiwan
tersebut.
Kehilangan
“Proses penghadaman itu mengambil masa lebih daripada 17 jam dan asid
pencernaan akan menghilangkan sedikit rasa kepahitan pada biji kopi
tersebut.
“Saya kehilangan banyak biji kopi ketika gajah itu mandi.
Kadang-kadang gajah akan membuang air besar di dalam sungai ketika
mandi,” jelasnya.
Para isteri penggembala akan mengumpul biji kopi dari najis gajah itu
sebelum membasuh dan dikeringkan di bawah sinaran matahari.
Untuk menghasilkan satu kilogram (kg) kopi, seekor gajah perlu
memakan sekitar 33kg biji kopi bersama makanan yang lain seperti pisang
dan tebu.
Proses untuk menghasilkan kopi yang sukar dan rasa berbeza itu telah
menyebabkan harga produk tersebut menjadi mahal dalam pasaran.
Pada
tuaian ketiga tahun ini, Black Ivory Coffee menghasilkan 150kg kopi
yang berharga sekitar AS$1,880 (RM7,009) sekilogram manakala secawan
kopi itu pula berharga AS$13 (RM48).
Biarpun harganya begitu mahal, ia tetap mendapat permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang meminati minuman kopi ini.
Dalam tempoh terdekat, kopi keluaran Black Ivory Coffee akan memasuki
pasaran-pasaran mewah di bandar Paris, Perancis; Zurich, Switzerland;
Copenhagen, Denmark dan Moscow, Rusia.
Namun, buat masa ini ia hanya dijual secara eksklusif di hotel-hotel mewah di Asia seperti di Thailand, Singapura dan Hong Kong.
Sementara itu, John Roberts iaitu pengarah yayasan yang
bertanggungjawab menyelamatkan gajah daripada dipergunakan dalam
industri pelancongan di Bangkok pada mulanya berasa ragu-ragu untuk
memberikan gajah memakan biji kopi.
“Kafein tidak keluar dari biji kopi sehingga ia dimasak dan ia sesuai untuk dimakan oleh haiwan tersebut,” ujarnya.
Di samping itu, keluarga penggembala gajah juga akan dibayar untuk
mengumpul biji kopi dari najis gajah itu. Lapan peratus hasil harga
jualan kopi itu akan didermakan kepada yayasan tersebut bagi membantu
untuk membayar kos rawatan veterinar untuk haiwan tersebut.
Hotel Antara di Chaing Saen, Thailand turut menyediakan minuman kopi
itu kepada para tetamunya dengan menggunakan mesin bancuhan kopi abad
ke-19 dari Perancis.
“Kopi ini mempunyai satu rasa yang unik dan ia tidak pahit langsung,” kata pelancong dari Jerman, Barbara Schautz. – AFP
Biarlah mahal macam mana pun, bagi percuma pun rasanya aku tak akan meminumnya...
perggggggggggggggh
BalasPadamBetul kakcik.. memang taklah nak cuba meminumnya..
BalasPadamkopi luwak tu pun tak lalu nk telan ... ni kan pulak udah keluar dr bontot gajah kakcik oi...
BalasPadambg 1 juta utk minum pun org takmo lah
Kiranya bukan senang nak dapatkan hasilnya kan kakcik
BalasPadamMacam dia kata kalau gajah tu berak di sungai habislah kopinya hihi...
alamak.. kopi yang kita minum skrang macam mana =O
BalasPadamKopi Luwak . ..bagi saya rasa ok..ok...A jer. Mungkin kena minum banyak kopi lain utk banding beza.
BalasPadamya ampon....tak sanggup nak minum kalau kopi dari buangan gajah
BalasPadamkopi luwak pernah try minum masa dekat bali, tak sedap pon kak....uhukkkkk
Ikut hukum Islam NABI lah ianya dikira haram
BalasPadamTapi la ni haram jadi halal & sebaliknya berlaku
Tuh pun kiamat tak sampai2 gak
Penat den nunggu nya. Sob
Tak rasa nak cuba. Kenapalah ada juga yang minum dan percaya benda macam ni kan akak.
BalasPadamyan pernah baca satu artikel..mengatakan kopi luwak haram diminum oleh orang islam...inikan kopi gajah..sama juga kan asalnya dari najis...
BalasPadamhuhu tak sanggup nak minum..
BERNAMA - Lembaga Tabung Haji Kekal Tanggung Kos 47 Peratus Bagi Setiap Jemaah - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1157507
BalasPadamVaksin babi = kopi luwak = najis
So wat per p Haji skrg?
Sibuk nak dpt glrn hj?
X p hj pun dah dpt pahla hj bila ada niat tp dihlng dgn pelbagai perkara esp dipaksa ambk vaksin khinzir
Ke US ke kita lbh afdl
Msfr mcm Arab India Muslim dulu
Sehingga myng goyang kt hindu now jd Muslim miut liut nya
Doa msfr sgt mustajab
Lbh atas drpd insan teraniya & doa mak bpk
Wonder why
Dengan msfr blh tingkat lg iman kt & slmt kfr omputih cun drpd trs sesat
All the best hj n hjh sekelian
Jgn kemaruk dpt maudud plk
N blk hj SEMAKIN bngst sft nya berbndg sblm gi mekah
Oh, tidak! Tidaklah saya terliur nak merasa kopi ni. Mahal ke murah ke, percuma ke, saya tetap tidak akan mencuba :)
BalasPadam