Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 31 Julai 2015

Harga petrol dan diesel untuk bulan Ogos 2015...

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut.

-- BERNAMA

6 ulasan:

  1. tengok ada yang risau kenaikan harga berpusu isi petrol.sebelum tgh.malam tadi.

    BalasPadam
  2. turun sekupang je..emm Alhamdulillah la kakchik.hehe

    BalasPadam
  3. Ramai slh faham.. Mereka ingt minyak naik.. Jem jgk ptrol pump mlm 31 julai tu... Hihi ksiann

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah atleast turun jgk.... Yg b'pusu2 nk isi mnyk b4 1/8 mesti m'yesal...'

    BalasPadam
  5. Walaupun turun 10 sen aje, banyak ertinya. Saya pulak selalu aje terlupa hujung bulan. Selalu sangat pam minyak penuh-penuh sebelum masanya. So, bila harga minyak turun ke naik lepas 30hb/31hb, dah tak terkesan pun buat seminggu pertama :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.