Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Julai 2015

Isyarat yang mana hendak diikut...


bila berada di persimpangan
dan kau pula paling di hadapan
kau lihat isyarat yang mengelirukan
janganlah tergesa-gesa membuat keputusam

jika pun kau mahu segera meneruskan perjalanan
isyarat hijau itu mungkin sekadar umpan
bila kau redah tanpa panduan
mungkin sahaja kau akan kemalangan

bila pula kau terlalu berhemah
konon berhenti kerana ada isyarat merah
orang belakangmu akan marah-marah
lalu di persimpangan kau mungkin akan berbalah

gunakan segala deria yang ada
perhatikan keadaan sekeliling dengan sebaiknya
barulah tetap akan kau ikut isyarat yang mana
destinasi yang kau tuju akan pasti arahnya


11 ulasan:

  1. saya pernah melihat satu kemalangan. masa tu saya agak salah seorang dari mereka langgar lampu merah.

    tapi sekarang ini saya terfikir pula, mungkin traffic light ni ada satu ketika akan semuanya hijau, maka masa ini berlaku kemalangan yang mana masing massing mengatakan mereka betul.

    boleh baca catatan saya di sini...

    http://hujan-petang.blogspot.com/2011/01/salah-lampu-merah.html

    BalasPadam
  2. ???????merah hijau 2 2 sekali nyala..parah ni...

    BalasPadam
  3. Eh! boleh keliru ni kakcik. Kalau kakak sah-sah takut nak jalan.
    Macam manalah boleh jadi macam tu?

    BalasPadam
  4. masa ni la kena ikut kata hati yg waras....kena guna segala deria yg berfungsi :)

    BalasPadam
  5. Kena menggunakan logik akal bila jadi macam ni.. sekurang-kurangnya takde yang 'cedera' atas tindakan kita.. ;)

    BalasPadam
  6. Berhati2 laa dan berfikir bila membuat keputusan..

    BalasPadam
  7. hehehe celaru identiti ni Kak Cik hehe..

    BalasPadam
  8. Berpinar mata si pemandu kalau dalam situasi macam ni. Sakit leher dok terteleng tengok kiri dan kanan. Pemandu sekarang ni kalau lampu isyarat baru nak tukar warna hijau dan kita masih terkial tak jalan lagi pun dah kena honk marah-marah. Lembab katanya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com