Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 1 Ogos 2015

Terima kasih untuk sebuah persahabatan...

Bila persahabatan itu tidak dibataskan oleh :
pangkat dan darjat
harta dan kedudukan
anak-anak yang cemerlang
sama ada dalam pelajaran atau pekerjaan
rasa iri dan dendam

pastinya ia menjadi persahabatan yang indah
walau bertahun tidak bersua
walau sekian lama tidak mendengar berita

namun bila kembali berjumpa
mesranya tetap sama
tutur kata bersulam tawa
gurau senda tidak menyentap rasa

Terima kasih Pn Sikin dan En Khairi
perkenalan kita lebih 30 tahun yang lalu
kemudian berpisah puluhan tahun juga
kerana tuntutan kerja
tapi bila bersua
kita tetap Sikin, Khairi, Nor dan Mus yang sama.

Cuma aku 'cemburu' melihat tubuh badanmu tetap begitu sedangkan aku
bagai apam terlebih gebu... hahaha...
Alhamdulillah... Allah beri kita 'bahagia' yang hanya kita faham dan rasa
Suka kami dengan susunatur mahligaimu yang kemas dan indah...

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah jarak bukan alasan..kejayaan bukan halangan..nikmat ukhuwah..klik tabung akk juga..

    BalasPadam
  2. mesti dia orang yang cukup suka dengan bunga kan kakcik??

    BalasPadam
  3. Jarak tak pernah pisahkan persahabatan untuk kita orang biasa-biasa ini. Sesekali jumpa mereka yg dah lama tak bersua memang rasa teruja terutama bila melihat perkembangan tubuh masing2, hehehehe...

    BalasPadam
  4. :-)) semoga persahabatan yang terjalin berkekalan sampai bila2..amin

    BalasPadam
  5. Bukan senang nak cari sahabat macam ni.. Kalau ada satu di kalangan seribu kawan-kawan yang kita ada, dah cukup menggembirakan hati rasanya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com