Kawan-kawan kakcik

Rabu, 17 Jun 2015

Sembang santai bersama jutawan tak didendang...

Satu tengahari.

Di kedai makan.

Sembang-sembang santai.

Dia hanya seorang lelaki tua berusia 60an.
Berpakaian biasa - kemeja lengan pendek dan seluar panjang.
Dia hanya bersekolah setakat Darjah 6.
Banyak kerja yang berkaitan dengan perniagaan dia buat (tidak termasuk MLM).
Dia buat tempe dan jual.  Dia juga berniaga makanan di gerai.
Sekarang dia berniaga di bidang yang lain.  Pendapatan bersihnya mencecah antara RM5K ke RM10K SEHARI.

Dia tidak menayangkan kekayaan atau kemewahan di mana-mana termasuklah media sosial. Tak perlu menghebahkan dia membeli kereta secara tunai atau sebagainya.

Katanya 'kita sediakan jalan untuk anak-anak.  Terpulang bagaimana mereka hendak mencantikkan jalan itu untuk sampai ke taman yang penuh bunga'. 

Selesai makan, beliau meminta pekerja membungkus makanan (lauk pauk) yang tidak habis.  'Dalam makanan ini ada keberkatan.  Jangan membazir' katanya....

Sangat ringkas orangnya tapi ramai yang menumpang rezeki melaluinya dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa.

bukan sengaja aku tidak menghabiskan 
lauk itu tapi hanyirnya sangat terasa...

11 ulasan:

  1. alhamdulillah..masih ada jutawan yg macam ni..semoga hartanya diberkati..
    Salam Ramadhan buat KakCik..:)

    BalasPadam
  2. Baguslah kalau kaya-raya tapi bersikap low profile macam ni. Tak payah nak sibuk hebah sana-sini apa yang dibeli dan dibuat. Sungguh tak sangka masih lagi ada manusia seperti ini. Kalau semua jutawan begini, aman dan mewahlah dunia :)

    BalasPadam
  3. Budaya tapau perlu agar leh makan tok sahur lak :D

    BalasPadam
  4. xramai jutawan yg merendah diri kakcik... kebanyakannya dongak menongkat langit

    BalasPadam
  5. Mesti hebat orangnya. Dia berniaga di gerai sahaja ker Kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang beliau mempunyai beberapa buah kedai dan gudang. ..

      Padam
  6. merendah diri orang nya..siapa kah dia kakcik??tertanya2 jugak nih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau disebut namanya pun tiada yang kenal kecuali mereka yang rapat dan biasa berurusan dengannya...

      Padam
  7. Seronok bila mendengar cerita kejayaan orangkan KC.....Nampak mudahnya mereka berjaya, tp mungkin kita tak tau masa depa susah dulu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com