...dan akhirnya menjadi pembaziran.
Ingatlah dengan segala 'kesempitan' yang kita rungutkan kebelakangan ini.
Harga barang yang tiba-tiba naik - belum lagi dengan GSTnya.
Harga minyak yang turut naik - sila faham, bukan hanya 10 sen setiap kali isi, tapi 10 sen bagi setiap liter. Bukan dulu isi RM50.00 sekarang cuma bayar RM50.10 - bukan bukan bukan...
Ingatlah kepada rasa simpati yang kita luahkan pada mereka yang ditimpa musibah - sedang kita tidak pun rasa bersalah bermewah-mewah - walaupun sebenarnya kita tidak semampu mana tapi kita hendak turutkan nafsu juga...
Petang ini Bazar Ramadhan (BARAM) atau Pasar Ramadhan (PARAM) akan bermula. Jangan gelap mata. Membeli bagaikan esok dah tiada. Akhirnya apa yang dibeli sekadar untuk menjamu mata dan wang dikeluarkan jadi sia-sia - jangan jangan jangan...
Waktu yang kita masih ada, manfaatkan agar boleh menjadi bekal ke sana.
Salam Ramadhan buat semua, mohon maafkan segala tulisan saya yang mungkin rasanya serba tak kena. Andai ada yang tersinggung atau terasa, dengan rendah hati saya mohon, maafkanlah saya.
Salam Ramadhan buat KC jugak.... Betul apa yg KC cakapkan tu..... Rasa berdebar debar pulak nak menyinggah PARAM petang ni hihi....takut over!
BalasPadamTulah .....kalau ikutkan OKje boleh kot tahan napsu tak mo gi PARAM ....tapi dah anak anak ngajakkan KC..... sian pulak harapnta boleh belanja berhemahlah
InsyaAllah, Boleh tu. Bawa duit sikit je... :)
Padambetul la tue
BalasPadamTerima kasih atas peringatan.
BalasPadamSaya harap kali ini saya sediakan berbuka yg secukup sahaja untuk famili
thn lps dpt penuhi sebulan tanpa ke param membeli juadah puasa msk je kt umah... thn ni pun hrp2nyer dpt bt mcm2.... msk sendiri lg sedap n lbh jimat... kalu ikutkan napsu membeli tuh... mmg sume teringin nk mkn tp entah sedap ntah tidak tak tau lg kan...
BalasPadamSemoga Ramadhan saya thn ni masih seperti thn2 yg terdahulu kakcik...say no to bazar ramadhan...jika pergi pun cuma en suami..daptkan tepung pelita sahaja...RM6.50..seminggu sekali...
BalasPadamKakak biasa memang membeli aje Kakcik. Tapi yg memilih memang anak-anak. Ikut aje apa yg dia nak beli mama/papanya makan tak kisah.. Janji \jgn beli lebih-lebih.
BalasPadamTak tahu lagi harga kali ini. Tengoklah petang nanti.
Bagi keluarga saya sudah lama sejak bertahun-tahun dulu kami tak berbuka dengan juadah bazaar Ramadhan. Kami cuma makan masakan simple, cukup dengan 2-3 hidangan hasil gabungan air tangan saya dan isteri. Yang penting semuanya masak sendiri tanpa perlu bergantung dengan masakan bazar Ramadhan dari air tangan mereka yang tak kita kenali. Lebih sihat lebih jimat...
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamselamat berbuka puasa kakcik...sila jaga kesihatan
selamat menjalani ibadah puasa..
BalasPadambelum ada perancangan nak ke param..
Terima kasih atas ingat ini kakcik.
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa buat akaksekeluarga.
selamat berpuasa kakcik :-))
BalasPadamrasanya yg ke BARAM/PARAM petang nanti ramai yang mengeluh..
BalasPadamhihi...
selamat berpuasa kakcik
BalasPadamBelum ada perancangan nak singgah lagi kakcik..
BalasPadamMasih rela bersilat di dapur.. sekurang2nya mampu bertahan sampai ke sahur.. ;)
Sesekali pergi jugak mncarik apa yg tak ghajiin nak buat...bli seketol 2 jer
BalasPadamassalamualaikum kakcik....betul tu kakcik kekadang kalau dah byk mesti tak habis...sayang jer tengok lauk yg dibuang tu...:)
BalasPadamtahun ni berazam nak masak je kakchik
BalasPadamSalam Ramadan.... Betul tu harga brng keperluan skunk ni xm'nentu.... Bazaar wat mse ni xjjk lagi to KT situ mcm2 Ade....;-/
BalasPadamSaya belum teringin ke PARAM. Harapnya tak perlulah menjejakkan kaki ke sana. Setakat ni masih rajin memasak walaupun menunya simple-simple belaka. Janji anak dan suami kenyang ketika berbuka. Sahur lain cerita. Kerja jadi mudah sebab semua pun tak suka makanan berat di pagi hari.
BalasPadam