Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Jun 2015

Kembara Bali - perjalanan bermula...


Alhamdulillah.  Aku dan semua anggota rombongan telah selamat kembali ke tanahair.  Maka aku akan cuba mula mengarang tentang kembara kami selama lebihkurang 5 malam 5 hari di sana. Seperti biasa, catatanku mungkin tidak akan mengikut aturan, tapi mengikut apa yang terlintas difikiran.  Lagipun sudah banyak blog yang bercerita tentang catatan pengalaman di Bali ini, kan?

Penerbangan ke Bali dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada jam 3.20 petang dari KLIA dan tiba di Ngurah Rai International Airport lebihkurang 3 jam kemudian.  Waktu di Bali dan Kuala Lumpur adalah sama, cuma masuk waktu solat lebih awal.

Dari tingkap kapalterbang, buat kali pertamanya
aku melihat kapalterbang yang 'berselisih' (2 kali)
terbang dengan sangat laju.  Iyalah, kelajuannya
mencecah 800km/j.  Kalau dilihat dari bawah,
tidak nampak sangat lajunya ia terbang. Duduk
di kerusi pesawat pun, kita tidak terasa ia
sedang terbang dengan laju...
Tiba di Denpasar.  Lapangan
terbangnya baru, besar, bersih
dan sangat senang berurusan.

Dari lapangan terbang, kami terus di bawa ke hotel penginapan sementara - Pop Hotel Teuku Umar.



Dalam catatanku, aku akan memberikan pautan (link) ke hotel atau tempat yang aku singgah (seboleh-bolehnya).  Jadi, kalau ada yang ingin tahu tentang lokasi atau harga penginapan, sila klik pautan yang diberi itu ya.  Jangan susah-susah bertanya tentang harga, kerana aku mungkin tak punya masa hendak menjawabnya. Kalau harga yang ditunjukkan bukan dalam Ringgit Malaysia, tidak menjadi masalah kerana ia boleh ditukar...

Baiklah, sebelum ada yang bertanya tentang harga pakej, aku akan beritahu secara berterus-terang ya.  Tiket penerbanganku dengan MAS dibiayai oleh Iyra Mutalib (SiRibenMerah) sepenuhnya berjumlah RM671.00.  Harga pakej untuk penginapan, pengangkutan, bayaran masuk ke tempat-tempat yang perlu dibayar dan makan minum aku membayar sejumlah RM800.00.  Mungkin ada yang kata - MAHAL!.  Bagiku, mahal murah bukan masalah (kedengarannya seperti sangat angkuh, kan?).  Jika aku mampu, aku teruskan.  Jika tidak, sebaliknyalah.  

Yang penting bagiku, perjalanan dan percutian teratur dan makan minum tidak menjadi sesuatu yang sukar.  Maklumlah, kita mengembara ke tempat yang diketahui 90% penduduknya beragama Hindu.  Jadi, mendapatkan makan minum yang halalan toyyiban perlu dititikberatkan.  Begitu juga dengan kemudahan untuk menunaikan solat sewaktu dalam perjalanan.  Aku sudah berusia dan kurang upaya untuk berlagak muda dan tahu segala.  Kerana itulah aku perlu dan pentingkan acara yang teratur walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit...

bersambung...


20 ulasan:

  1. nunggu lagi lar nie ,.,,,,


    jgn lama lama kak

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum my lovely KakChikS

    Harap Kakchiks sihat2 lepas bercuti-cutian:):)
    Tksh perkongsian citer..manalah tahu..terbuka hati ke Bali lepas2 ni..;)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah kak cik dah selamat sampai... take care kak cik

    BalasPadam
  4. kakcik mahal ke murah bkn masalah... kata org biar mahal asal puas hati... biar perkhidmatan yg kite bayar sesuai... mmg btl lah kt bali agak pyh kn nk dpt makanan halal sbb penduduk islamnyer ada beberapa percent je kt sana...

    jgn lupe sambung cite lg tau kakcik

    BalasPadam
  5. occay...ferd tunggu the next entry..nak tengok gambar2 bonda kat sana

    BalasPadam
  6. BESNYA KAK CIK.. SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR YER DLM PERJALANAN NI..

    BalasPadam
  7. saya setuju dgn mak..bab tempat tinggal makan minum saya sanggup bayar lebih dan bayar mahal asalkan terjamin dan diyakini..

    BalasPadam
  8. Sori tanya. Camner c riben merah boleh baik hati menaja? Banyak tuh. Rm7 rat lebih kurang. Airasia saya pernah naik dulu dalam 100 je. Promosi. N actually halal mudah gara2 orang surabaya berhijrah niaga makan di Bali. Lupa pulak saya nak saran kakcik agar gi lombok sat. Dekat sangat dah. Sori. Saya pun lom p. Hmmm. Tempat DIA... ISTERI LUAR BIASA dok nikah :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. SiRibenMerah adalah anak angkat kakcik. Buat masa ino dia tinggal dengan kakcik.

      Padam
  9. Betullah kakcik harga mahal murah bergantung pada diri kita yg menilai dari apa yg kita dapat.
    Tepuk dada tanya kepuasan yg diperolehi darinya..

    BalasPadam
  10. Serok jalan-jalan Kakcik. Balik nanti bawa hadiah yea.hehe.

    BalasPadam
  11. Kalau kita mampu apa salahnya, Kakcik. Mahal atau murah, kita yang menanggung RMnya :) Okeylah lepas ni nak sambung baca 'pengembaraan' Kakcik di Bali.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum,
    jangan lupa sambung tau

    BalasPadam
  13. Dak Iyra tinggal dengan kakcik sekarang.. bestnya.. tetiba feeling nak jadi anak angkat kakcik.. hehehe..

    BalasPadam
  14. saya tak pernah lagi naik kapal, berselisih dgn kapal lain. mybe sbb tak pernah naik kapal utk ke luar negara kot. :)

    BalasPadam
  15. makan angin lagi ye kakcik..best nya..:)

    BalasPadam
  16. bestnyeeeeee....sy suka jalan2 ni tp belum ade peluang berjalan2 ke bali

    BalasPadam
  17. Dah ketinggalan banyak cerita kakcik.. huhuhu. hari tu baca masih di India tup-tup dah sampai Bali pula.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.