Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 Jun 2015

Kembara Bali - mari kita mula mengembara...


Ini adalah peta Pulau Bali.
Nampak tak bentuknya yang bagaikan ayam togel?


Sebelum mula 'mengembara', mari kita
menjamu selera agar tidak kelaparan.

Inilah bas mini yang membawa kami.  Oleh kerana rombongan kami mengandungi 14 orang dan tidak selesa untuk dimuatkan
kesemuanya dalam bas ini, maka satu avanza juga digunakan.

Dalam perjalanan ke Pura Ulun Danu Bratan, kami singgah
di tempat ini.  Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar
dengan haiwan yang ada di tempat ini termasuklah ular.  Tempat ini mengingatkan aku ke pada Kundasang di Sabah.  Jalannya yang berliku dan suhunya yang dingin serta berkabus, memang mirip sekali dengan Kundasang.

Bagi kita yang beragama Islam, tidak ada apa yang hendak kita banggakan dengan tempat ini kecuali menikmati pemandangan - laut, ombak dan langit ciptaan Yang Maha Berkuasa.  Tidak jauh dari sini terdapat sebuah masjid yang terletak di atas bukit.
Masjid Besar Al-Hidayah.  Kami singgah di sini untuk bersolat.
Rasa sangat bangga dan terharu dapat menjadi tetamu di sini.  Maklumlah, di sepanjang perjalanan mata disajikan dengan pemandangan candi/pura/temple/kuil (sebutan berbeza untuk benda yang sama), bertemu dengan masjid adalah sangat-sangat 'menyamankan' jiwa dan perasaan.


Usai menunaikan solat, kami dibawa untuk menjamu
selera di Rumah Makan Saras, Bedugul.  Nampak tak
hidangan yang bermacam-macam itu.  Ianya terjadi
kerana sedikit salah faham di kalangan anggota rombongan.
Bisalah kan?  Di mana-mana pun kita boleh berjumpa
dengan orang yang akan 'menunjuk pandai', walaupun
sepatutnya kita patuh kepada ketua rombongan.
Jika Allahyarham datukku masih ada, mungkin
beliau akan mengeluarkan pantun dua keratnya:
bukan papan tapi tarah
bukan makan tapi mentekedarah!
Dah macam sawa kenyang!

Selepas makan, perjalanan diteruskan ke Pura Tanah Lot.  Ramainya manusia berkunjung ke sini. Sekali lagi, bagiku tiada yang menarik selain dari awan dan ombak. Menjelang Maghrib, persembahan Kecak Dance seperti yang diadakan di Pura Uluwatu turut diadakan di sini. Bagaimanapun, kami sepakat untuk tidak menunggu apatah lagi menonton tarian yang berkaitan dengan ritual agama Hindu tersebut.


Keluar dari sini, kami terus menuju ke hotel kedua yang merupakan hotel penginapan kami sehingga tarikh berangkat pulang.  Hotel Amaris Lebak Bene yang cukup selesa - sekadar untuk tidur, mandi, menukar pakaian dan solat.  Bagusnya di kedua-dua hotel yang kami menginap, arah kiblat ada ditunjukkan di siling walaupun rata-rata pekerja hotel adalah penganut Hindu.



...bersambung lagi...

16 ulasan:

  1. banyak jugak tempat yang bonda dapt pegi kat sna kan...menarik ni

    BalasPadam
  2. seronok ye mak walaupun rase biase-biase..

    BalasPadam
  3. bestnyerr yg penting ole2 jgn lupa hihihi:)

    BalasPadam
  4. best...bali salah satu destinasi impian saya..harap setahun dua lagi dapat jejak kaki ke sana..

    BalasPadam
  5. Seronoklah kakcik..
    Makanan tu banyak jenis tapi portionnya tak banyak kakcik utk makan ramai-ramai ok jugalah.
    Nampak pun sedap tu:)
    Kacang dia ada bunga kemboja lagi hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepiring hidangan cukup untuk dimakan oleh 3 hingga 4 orang. Masalahnya, setiap satu itu diorder ada yang hingga 7 hidangan!

      Padam
  6. Dah lama tak kesana..bedugul sedikit dingin...saya naik scooter ke sana dari penginapan di ubud. Cafe kami masih ada di ubud...berhampiran dengan pasar Ubud..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,
    kalau ke seberang, bab makan memang akan jadi ular sawa :D

    BalasPadam
  8. Bagus, saya benar-benar suka it.if Anda juga menyukai situs kami ikuti: http://www.robesdemariee2013.com/

    BalasPadam
  9. Cantik2 pemandangannya kakcik
    Terima kaseh share

    BalasPadam
  10. Seronoknya mak....SA lg seronok tgok mak happy je sepanjang di Bali..arh..rindu bali sgt2.....

    BalasPadam
  11. lepas bersara ni ...merata kakcik berjalan. seronoknya kakcik

    BalasPadam
  12. alhamdulilah..rezeki kakcik utk menikmati dan menghayati keindahan ciptaanNYA disana

    BalasPadam
  13. Memang tak dinafikanlah ya pemandangan semulajadi di Bali ni memang indah. Cuma yang tak seronok macam kata Kakciklah, sekali nampak masjid, gembira bukan main rasanya.... Dah lebih ramai Hindu di sana, nak buat macamana.

    Makanan tu memang banyaknya menu tapi macam sikit setiap pinggan untuk dikongsi beramai-ramai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.