Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 Jun 2015

Hikmah membalas makian dengan ketenangan...

Terbaca di laman sosial tentang seorang selebriti yang sangat suka terlibat dengan kontroversi bertanya tentang tempat makan yang sedap. Maka disebutkanlah oleh seorang wanita tentang nama satu tempat.  Memang sebutannya kedengaran kasar jika mengikut dialek satu daerah.

Maka melentinglah selebriti tadi dengan bahasa kesatnya lengkap dengan carutan dan makian.

Namun wanita tadi tenang menjawab bahawa yang disebutkan itu adalah nama sebuah restoran yang terkenal dengan makanannya yang mewah dan mahal kerana menggunakan daging terbaik.

Sudah menjadi rezeki wanita itu bila pemilik restoran berkenaan terbaca tentang kontoversi tersebut lalu menawarkan hidangan kepada beliau dan keluarnya menjamu selera di restoran berkenaan. Jumlah bil yang hampir mencecah RM5K dibiayai sepenuhnya oleh pemilik restoran. Alhamdulillah.

Bagitulah.  Bila kita dimaki hamun, jawab sahaja dengan tenang kerana api tidak akan padam jika disimbah minyak.  Sebaliknya buih yang kelihatan lembut bisa sahaja mengawal maraknya api...


17 ulasan:

  1. dan akhir nyer yg sabar itu juga yg menang kan mak :)

    BalasPadam
  2. malu sendiri la orang yang cepat sangat menabur makian tu...

    BalasPadam
  3. pastu doreamon tu terus caci maki restoran tu pulak. sikit pon tak minta maaf

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...rezeki dia sekeluarga hasil dr dimaki hamun..baru baca kat fb pagi tadi...

    BalasPadam
  5. Kejahatan dibalas dengan kebaikan.. adalah satu KEMULIAAN..

    BalasPadam
  6. dibulan yg mulia ini.... semua boleh jd kan kakcik...

    BalasPadam
  7. betul kan kak cik, bila kejahatan di balas kebaikan..itulah yang sebaiknya supaya kita bukan sama dengan mereka yang suka dengan kejahatan itu.

    BalasPadam
  8. Mr Tettt tu cakapnya selalu takbur...nyampahhhj

    BalasPadam
  9. Dia tu memang suka maki orang tau kakcik..kalau tengok kat IG dia asyik maki hamun orang je..Ya Allah..takut nye la kalau mati tak sempat nak mintak maaf kat orang yang dia maki..

    BalasPadam
  10. menarik kan? Yang sabar tu terus dapat ganjaran cash di dunia :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Rezeki yang xdisangka2.. :D.. Semoga selebriti tu berubah lps ni.. Ameenn..

    BalasPadam
  12. Aalhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan..
    Hidup ibarat roda.. ada masa kita dekat atas.. ada masa kita dekat bawah..

    BalasPadam
  13. Betul tu, orang macam tu eloknya jangan dilayan, sakit.

    BalasPadam
  14. huhu! x minat si dia semakin menjadi2 pulak... moga di bulan yang mulia ini dia terbuka hatinya utk berubah..

    BalasPadam
  15. sabar itu sebahagian dari iman. orang beriman saja tidak akan mengeluarkan kata2 makian dan cacian..

    BalasPadam
  16. Oh, walaupun tak baca cerita penuh tapi saya rasa saya tahu siapa selebriti tu! Dah tabiatnya suka memaki hamun dan mencarut. Allah belum tunjukkan jalan dan hidayah mungkin....

    Restoran tu dalam senarai JJCM saya tau, Kakcik. Asyik terbantut plan nak ke sana sebab kononnya nak betul-betul feel makan makanan mewahlah.... cuma takut tak larat menghabiskan sebab anak-anak bukan suka sangat. Saya dengar ownernya chef Queen Elizabeth dulukan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com