Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Mei 2015

Terima kasih Encik Penghantar Gas...

...bila Allah menghantar bantuan, memang tak dapat hendak dijangkakan.  Yang dapat diucapkan hanyalah bait-bait kesyukuran...

Kisahnya, gas memasak di rumahku kehabisan.  Oh...ada satu tabung lagi yang belum digunakan. Jadi, aku tukarkan tabung gas itu.  Sekali dengar  bunyi berdesir yang kuat. Srrrrrrrrrrrrrrrrr bersama bau gas yang sangat kuat.  Maknanya ada yang tak kena dengan saluran gas - itu yang aku fikirkan lah...

Aku ambil seketul bata.  Aku letak atas 'kepala' gas itu.  Selesai masalah.  Tiada bunyi berdesir, tiada bau gas yang kuat lagi.

Tapiiiii...aku masih sangat susah hati.  Minggu depan, aku dan suami akan ke luar negara.  Anak-anak akan ditinggalkan.  Macam-macam yang aku fikir.  Macamana kalau gas itu tiba-tiba 'meletus'? Suami kata hendak tukar 'kepala gas' itu.  Tapi dia tak buat pun walau bendanya ada.

Kemudian, suami menelefon pembekal gas untuk menghantar gas (bagi menggantikan gas yang telah habis itu).  Penghantar gas datang.  Selalunya penghantar yang datang akan letak tabung baru, ambil tabung lama dan terima bayaran lalu terus berlalu.  Tapi kali ini, Allah datangkan penghantar gas yang 'baik'.  Sewaktu dia meletakkan tabung yang baru, sempat dia mengintai tabung yang sedang aku gunakan.

Laju dia menegur 'kenapa letak bata ni?'.  Aku jawab, 'gas keluar'.  Dia meminta 'test pen'...

Gambar dari arkib Google
Sekejap sahaja dia melakukan kerjanya - cungkil keluar gelung getah (cincin penyekat) dari tabung gas itu dan gantikan dengan gelung getah dari tabung gas yang gasnya sudah habis.  Selesai masalah!

Gambar dari arkib Google
Sambil itu sempat dia membebel dalam loghat Kelantannya 'bahaya letak bata ni.  Mana tahu, waktu kita tak ada, datang kucing (walaupun di rumahku tiada kucing), dia langgar bata ni, bata jatuh, gas keluar'...

Terima kasih Encik Penghantar Gas.  Terima kasih Allah yang menghantar bantuan ...



23 ulasan:

  1. Syukur byk2 atas pertolongan dr Allah tu Kakcik....
    Bagus penghantar gas tu, semoga menjadi tauladan buat kita semua..

    BalasPadam
  2. Nasib baik dia baik hati kan tolong bonda..kalau tak risau jugak..

    BalasPadam
  3. bahaya tu mak.... mujur lah abang tong gas tu prihatin ... :)

    saya pon rajin gak cungkil2 pin kepala or getah tu sendiri klu tong gas ade bau.... hehehee...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kakcik.. memang risau Kalau kita tiada dirumah, anak2 aje yg tinggal , mcm2 difikirkan takut terjadi apa2 dkt mrk.. prihatin sungguh penghantar gas itu..

    BalasPadam
  5. Allah swt gantikan balik kebaikan yang pernah akak buat pada orang lain sebelum ini.....

    BalasPadam
  6. syukur... ada penghantar gas yg prihatin n baik kak....

    BalasPadam
  7. assalamualaikum
    singgah pagi
    hehe hari ini malasnya nak dtg keja, bukan apa dah cuti lama kan...

    BalasPadam
  8. Kakak pernah alami macam itu kakcik.
    Betul cincin hitam getah tu ganti dia akan ok

    Minggu depan nak jln kemanalah kakcik ni:)

    BalasPadam
  9. akak pun pernah jadi macam tu kakcik..terus panggil orang jual gas..dia datang dan tukarkan

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.. pernah juge jd bunyik psss tu tp tak tau nak buat ape.. pakai je tabung tu sampai habis.. huhuhu..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah kakcik,semua nya dngn perancangan dari ALLAH didatangkan orang yg perihatin

    BalasPadam
  12. cungkil cemana tua ye?/tak paham..nanti nak kena belek tong gas la nampak nya..

    BalasPadam
  13. ya kak.. selalu kalau bunyi... suami saya akan cungkil getah yg bulat dalam tong gas tu...
    Tapi saya ni penakut... tak pernah pasang sendiri kepala gas tu. Suami suruh belajar... tp saya sgt takut sbb fobia dgr kes tong gas meletup.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. betul dia kata kak.. bahaya.. kalau bukan kucing pun.. kadang2 tah kita nak buat apa.. terlanggar ke kan..

    BalasPadam
  15. bahaya tu kakcik...nasib baik pembantu datang...

    BalasPadam
  16. owh... macam tu jer caranya. mudah sangat tetapi kita tidak pernah tahu... terima kasih banyak2 untuk entri ini juga.

    BalasPadam
  17. Bantuan Allah datang dalam pelbagai cara...salah satunya ialah melalui adik penghantar tabung gas tu....Alhamdulillah!

    BalasPadam
  18. ALHAMDULLILAH tak jadi apa2 kan kak.. pre cautious tu sangat penting.. semoga ALLAH sentiasa melindungi kita..

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah syukur..dah tak risaukan kak..

    BalasPadam
  20. OKje pernah mengalami benda yg sama macam tu KC....Gas kat rumah mak kat kampung. Memang ngeri sebab bunyi dan yg paling takut bau gas.... Masa tu alas ngan plastik jer ler...
    So sekarang ni OKje dah taulah apa puncanya

    BalasPadam
  21. Pertolongan yang hadir bila kita tak menyangkakannya. Selesailah sudah masalah. Barulah lega nak meninggalkan rumah. Eh, Kakcik nak ke mana pulak minggu depan tu? Eh, minggu nilah kan sebab entri ni dah lama!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com