Kawan-kawan kakcik

Rabu, 15 April 2015

Rendang ikan tongkol cara sipemalas...

Sipemalas itu adalah aku!
Bahan untuk dikisar - serai, halia, bawang merah dan cili kering.
Kalau suka pedas, letaklah cili itu banyak-banyak...
Ikan tongkol.  Di kampungku, ia disebut sebagai ikan 
kayu. Mungkin sebab isinya keras macam kayu, kot.  
Teringat sewaktu aku baru masuk kerja dulu - 
seorang RAKAN SEKERJA yang suaminya 
bertugas sebagai seorang PEGAWAI ATASAN, 
memberitahuku bahawa ikan tongkol ini hanya 
dimakan oleh PEKERJA KONTRAK kerana 
harganya murah dan isinya banyak.
Bahan yang kena ada juga.  Asam keping untuk 
memberikan rasa masam dan menghilangkan hanyir 
ikan dan daun kunyit untuk membangkitkan aroma...
Santan.  Sebaiknya gunalah santan segar.  Tapi sebab 
aku ini 'malas' hendak ke kedai dan malas juga 
hendak mengukur kelapa dan memerah santan,
selalunya aku beli santan segar beberapa 'bungkus' 

dan simpan dalam peti dingin beku.  
Janji ada santan... (^_^)
Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali dan 
masak atas api yang sederhana. Jangan masukkan 
daun kunyit dan garam dulu...
Waktu ini dah boleh masukkan garam.
Kalau suka berkuah, tak payah tunggu sampai kering.
Bolehlah masukkan hirisan daun kunyit, sesuaikan rasanya 

dan tutup api. Siap!

20 ulasan:

  1. Ikan tongkol masak macam ini memang sedap:)
    Sayangnya kakak tak dpt tengok gambarnya kakcik

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi buat ikan tongkol ni masak rendang. nak try nanti kakchik

    BalasPadam
  3. wahhhh harus dicuba ni! Tq kak cik for recipe

    BalasPadam
  4. sedapnya kakcik..saya suka ikan kayu nie, lagi2 masak rendang..makan lak dgn nasi dagang...emmm.:)

    BalasPadam
  5. Pernah dgr org masak rendang ikan ni
    Bila kakcik tunjuk gambar, rasa nak lari dgn mesin dialysis pi beli kat pasor bahan nak masak rendang ikan tongkol....
    Terima kaseh kakcik buka minda nak masak apa balik dialysis nanti...

    BalasPadam
  6. sekilo ikan tongkol berapa RM kakcik?

    BalasPadam
  7. Adoi.....jiwa saya terseksa tengok rendang ikan tongkol ni....

    BalasPadam
  8. tak pernah pulak saya buat rendang dgn ikan tongkol ni...boleh cula la...tqsm kakcik 4 sharing resepi.

    BalasPadam
  9. wahhhh sedapnye ... ikan kayu ni ...sedap gile klu buat bakar mkn ngan sambal belacan .. amboi sombong nye pgawai tu ... ade ke pekerja kontrak je mkn ..... teruk betui

    BalasPadam
  10. kakcik...mana gambo yang betul2 dah siap masak tu....huhu
    boleh cuba ni.
    thanx for sharing :)

    BalasPadam
  11. So, maksudnya ikan tongkol ni makanan pekerja bawahanlah ya? Ish, ish, ish.... nasib baik masa tu Kakcik belum jadi kaklong kawasan kan...

    Macam serupa jerk Kakcik kalau kita masak~masak orang malas. Nak yang mudah-mudah jerk. Nak suruh kukur kelapa, kukur pun saya tak kenal... lebih baik beli ready made :)

    BalasPadam
  12. Malas memasak tapi rajin amik gambaq...

    Gulai kegemaran saya ni...

    BalasPadam
  13. sedap ni tengok di waktu tengahari ni (^___^)

    BalasPadam
  14. sedap dan mudah dibuat,,, sayangnya ginjal saya bermasalah apakah anda tau Obat Gagal Ginjal paling ampuh dan aman??? tolong beri tau saya ,,,

    BalasPadam
  15. macam ni kira malas ke kakcik
    nampaknya saya ni tripple malas la
    sebab tak masak
    masak kat kedai je selalu

    simple mcm ni la sedap kakcik
    kasi lebur semua!

    BalasPadam
  16. "janji ada santan.." yeaaah !! janji ada.. tak payah risau..
    CT tak minat ikan tongkol.. sbb dia keras la kot.. mmg dr kecik mak kata..
    duduk trangganu tp makan nasi dagang ngan ayam goreng hakhak..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.