Kawan-kawan kakcik

Ahad, 5 April 2015

Bercerita tentang 'kehilangan'...

Acapkali bila terjadi sesuatu kematian - contohnya, kita akan berkata 'ianya satu kehilangan besar, kehilangan yang SUKAR (bermakna ada, bukan langsung tiada) dicari ganti, kehilangan yang diratapi, kehilangan yang sangat  merugikan'...

Cuba tanya hati kecil kita, adakah apa yang kita ucapkan itu selari dengan kata hati?

Berapa lama kematian ibubapa kita, kita ratapi?  Berapa lama kehilangan orang yang kita sayangi kita tangisi?  Ada, bukan tiada yang kita ingati dan rindui sehingga nyawa kita pun diambil pergi. Tapi adakah kehidupan kita berubah sama sekali dengan kehilangan itu?

Seorang pemimpin akan disayangi dan dihormati sekiranya sepanjang dia menjadi pemimpin hidupnya hanya untuk berbakti.  Perintah Allah ditaati dan para pengikutnya dia santuni.  Pantang mendengar masalah, dialah dahulu yang ke hadapan.  Tak perlu menunggu sebarang siaran, kesusahan pengikut dia utamakan.  Dia usahakan sehingga yang gelap jadi terang, yang kusut jadi lurus. Bukan pemimpin yang tahunya mengungkit-ungkit apa yang telah dia beri tanpa dia sedari dia sendiri naik di atas undi setelah berjanji!

Bagaimana kehilangan hendak dirasakan bila pengikut melihat hari demi hari, kehidupan pemimpin mereka semakin mewah.  Rumah kian besar selayak istana raja.  Kereta mewah kian menjalar bukan sebiji dua.  Percutiannya sentiasa ke luar negara.  Anak isteri bergaya bagai tak kenal lagi saudara mara.  Sedangkan pengikut?  Hanya boleh tumpang berbangga dengan berkata 'itulah pemimpin kita. Kita yang pilih dia.  Kita doakan terbuka hidayah Tuhan buatnya'.  Itulah yang boleh dikata untuk penyedap jiwa dan untuk memperlihatkan betapa 'setianya' kita...

Maka, jangan kita tunggu hilangnya matahari terbit di ufuk timur barulah kita tertanya-tanya tentang 'apa dosa kita menyebabkan hari menjadi gelap gelita'...


12 ulasan:

  1. Pemimpin tak rasa kesusahan sebab semua ada elaun..pengikut takde elaun :(

    BalasPadam
  2. tiada lagi pemimpin yang berjiwa rakyat seperti tun mahathir...

    BalasPadam
  3. yang turun akan naik..yg nail akan turun. tapi menanti masa turun tu yg perit..

    BalasPadam
  4. Pernah tengok pemimpin no 2 satu parti yg keahliannya lebih 1 juta tidur dalam dalam masjid bersama orang-orang kampung beralaskan lengan. Sayangnya dia pemimpin sebuah parti pembangkang. Kalau parti kerajaan tak taulah sama ada pemimpinnya sanggup buat begitu (kecuali musim pilihanraya)...

    BalasPadam
  5. As-salam kakcik..

    semoga kita dapat sama-sama memperbaiki kekurangan diri dan meningkatkan amal sebelum hilangnya matahari di ufuk timur.. insyaALLAH..

    BalasPadam
  6. susah nak cari pemimpin yang macam tu sekarang. Tambahan yang ada agama. Ni sekarang agama pun pukul larung je

    BalasPadam
  7. mana ada lg kakcik pemimpin yg begitu? yg susah senang bersama.... moga kite tak jd camtu kalu di takdirkan kite jd pemimpin

    BalasPadam
  8. frasa " kehilangan yg sukar di cari ganti" hanya boleh terpakai utk beberapa individu sahaja.
    Dan kita menilai nilai kehilangan itu berdasarkan apa?
    Tepuk dada, tanya iman
    :)

    BalasPadam
  9. Teringat kata kata cendiakiawan .......kehilangan tu akan diratapi untuk seketika jer, lama kelamaan kita akan lupa....Yang pasti kita juga akan pergi, bersediakah kita? huhu...

    BalasPadam
  10. nasib baik kita tidak ditakdirkan menjadi 'pemimpin'. kalau tidak kita pun mungkin 2x5...

    BalasPadam
  11. Biasalah tu Kakcik. Setakat buat penyedap ayat je - kehilangan yang tiada pengganti, kehilangan yang dirasai dan entah apa-apalah lagi. Hakikatnya hanya segelintir sahaja yang benar-benar terasa kehilangannya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.