Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 25 April 2015

Guru KAFA - nasib mereka siapa yang peduli...

... nanti akan kedengaran lagi alasan basi
kononnya agama bukan untuk dijualbeli
mengajarlah dengan seikhlas hati
kelak adalah ganjarannya 'di sana nanti'

kamu bukannya sepenting menteri
pelajaran yang kamu ada pun tak sebegitu tinggi
jadi jangan merungut tentang gaji
bersyukurlah dengan elaun yang diberi

menjadi guru KAFA
bukan setakat mengajar anak-anak mengenal Alif Ba Ta
hukum Allah di bawa sama
halal dan haram diajar agar jelas maksudnya

malangnya nasib mereka
kerana suara mereka sangat kecil adanya
mengharapkan elaun semata-mata
jangan berangan kenaikan tahunan seperti pekerja lain terima

bukan sekadar itu sahaja
hak mendapatkan rawatan percuma juga tiada
tiada keistimewaan seperti 'guarantee letter'
untuk ke hospital Kerajaan apalagi hospital swasta

nasib mereka bagai sianak tiri
mereka dipandang hanya waktu merayu undi
bakal-bakal waibi sibuk berjanji
bila menang nanti elaun mereka akan dikaji

sesudah menang dan sesudah membentuk Kerajaan Negeri
kewujudan mereka tidaklah penting lagi
maka teruslah mereka menanti dan menanti
bagai mengharap Kerajaan mengkaji semula pelaksanaan GST!


8 ulasan:

  1. simpati dengan mereka...
    mudah2an nasib mereka terbela

    BalasPadam
  2. selalu dengar orang cakap... "guru KAFA jer..".

    Dan GB macam..."jerrr???"

    Guru KAFA juga penyumbang kepada sesuatu. Kenapa mesti ada "Jer??".

    Sekian. Emo pulak GB.

    BalasPadam
  3. asalamualaikum kak cik :-))..selamat hujung minggu

    BalasPadam
  4. Mesti kaya jika buat tuisyen tajwid & Arabic

    TAPI meLAYU bukan bisnes minded. Sob

    BalasPadam
  5. Sepatutnya guru kafa, imam & yg berkaitan di serap ke payroll jabatan agama islam kan?

    BalasPadam
  6. Kadhi malah imam ada yang pangkatnya sehingga ke taraf JUSA tapi guru Kafa jangan kata JUSA, jawatan tetap pun tak ada. Betapa beza antara pejuang yang dekat dengan masyarakat dan mereka yang di tampuk kuasa...

    BalasPadam
  7. Kesiannya kalau dianaktirikan dan jadi suara minoriti macam ni....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.