Kawan-kawan kakcik

Ahad, 19 April 2015

18/04/2015 - satu hari yang 'penuh'...

7.30 pagi - bersama Angah menuju ke KLIA
untuk menjemput suami yang akan tiba dari
Kota Kinabalu.

Sementara menantikan kapalterbang tiba, singgah
sebentar di Stesyen Shell Kota Warisan


Setelah mengambil En Suami dan balik ke rumah
sebentar, kami bertiga (aku, suami dan Bangcik)
menuju ke Utara pula.

Menuju ke Batu Gajah untuk bertemu dengan
rakan sekolah suami yang telah tidak ditemui
lebih 40 tahun lamanya.  Rakannya ini diserang
strok dan Alhamdulillah keadaannya semakin baik.

Dari Batu Gajah, kami menuju pula ke Ipoh. Di sini
lebih ramai kawan-kawan sekolah rendah En Suami
semasa bersekolah di Kuala Kangsar lebih 40 tahun
dulu menanti untuk bertemu.

Sementara En Suami dan kawan-kawannya
'mengenang kisah lalu', makcik ambil
gambar sendiri dulu...



Sebahagian dari kawan-kawan yang ditemui.  Mereka ini dulu
bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Idris II, Kuala Kangsar.
Ramai yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

Lakaran awan yang cantik di dada langit Ipoh.

Akhirnya, kami tiba di rumah semula pada jam 9.00 malam dengan keletihan.  Tambahan lagi En Suami.  Mana tak letihnya, sebelum itu beliau sudah naik turun kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Kuching, kemudian Kuching ke Miri dan Miri ke Kota Kinabalu (16/4/2015).  Dari Kota Kinabalu sepatutnya beliau balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 12.35 petang (18/4/2014).  Disebabkan dia tak boleh tidur (maklumlah Pn Isteri tak ikut, kan?...hehehe), jam 3.00 pagi dia dah keluar dari Hotel Promenade meuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan menukar penerbangan kepada jam 6.05pagi...

6 ulasan:

  1. asalamualaikum kakcik...renioun ke ni...best kan sesekali dapat kenl kwan hubby....kak cik gambar awan yang sinaran matahari tu cantik..subhanallah..

    BalasPadam
  2. Semalam saya pula dihubungi oleh kawan baik masa tingkatan 1 dulu... Rindu masa sekolah...

    BalasPadam
  3. saya suka gambar matahari tengah naik dekat Shell kota warisan yang akak ambil. Cantik

    BalasPadam
  4. Memang penuh jadual hari Sabtu tu ya, Kakcik. Ni kira ada reunion di Ipohlah ya. Rajin sungguh Kakcik dan suami turut serta. Bila dah lama tak bersua, mestilah panjang jalan cerita penuh corner baring. Tak mainlah borak-borak touch n go aje, Kakcik.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com