Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Mac 2015

Masak banyak-banyak, siapa nak makan pun entah...

Hidangan yang aku sediakan hari ini - ikan masak lemak cili api dengan
kentang, drumet ayam (yang aku goreng subuh-subuh sepiee konon untuk
Bangcik dan Angah sebelum mereka keluar belajar/bekerja, tapi sedikit
sahaja yang dijamah/dibawa bekal) dan buncis tumis dengan telur.

Tahu-tahu tengahari tadi, En Sepet lepas main bola dia beli nasi lemak
dan dah tentulah dia makan nasi lemak tu.  En Suami pula balik tengahari
bawa nasi Arab.  Habis, yang aku masak ni siapa nak makan?  Tunggulah
Angah dan Bangcik balik petang/malam nanti.  InsyaAllah mereka akan
makan juga.  En Sepet balik dari sekolah nanti mesti akan lapar.  Masalahnya
hari ini hari Khamis, ada pasar malam.  Nanti En Sepet mesti nak ke pasar
malam pula untuk beli kebab.  Maka, akuuuuu la juga kena makan, kan?

Hmmmmm... gemuk pun gemuklah!

19 ulasan:

  1. jap lagi yan dtang kakcik...tengah lapar nie..

    BalasPadam
  2. kakchik..bagi alamat rumah saya datang tolong makan kan. malas nak masak hari ni

    BalasPadam
  3. jauh nak pi.Kalau dekat dah sampai.

    BalasPadam
  4. hahahah,...itu lah nasib kita suri rumah2 malaysia ni kakcik..ekekke..saya suka kala beli nasi lemak pagi ,makan nya tengahari..nasik tu rasa sedap lain macam..heheheh

    BalasPadam
  5. salam singgah, wah saya suka baca blog kak cik. sudi-sudikan kita bertukar link :)

    BalasPadam
  6. Samalah kita kak..
    masak-masak kita jugak yg kena makan kan, klu tak masak di tanya pulak kenapa mama tak masak...

    BalasPadam
  7. kalau dekat boleh jugak nekcik berdua tolong menghabiskannya Kakcik

    BalasPadam
  8. Nanti pos laju kat saya, saya akan habiskan.... hehehehe

    BalasPadam
  9. best nyer kalau berjiran dgn kak cik... Boleh saya tolong habiskan... hehehehe

    BalasPadam
  10. Huhu..cuba kalau tak masak atau masak sikit.. Boleh plak semua nk makan kt rumah kan...sabo je la..

    BalasPadam
  11. kan..kalau x masak
    memasing tnya tak masak ke ?

    saya skrg just masak utk saya je.
    utk cik suami je buat simple.sbb xnk.mkn nasi katanya.lagipon siang hari cik abe kerja.
    blk pon dh petang.

    kalau kakcik ddk sbelah rumah sya , blh aje saya temankan. hihi

    BalasPadam
  12. kakcik......mck dah msuk fasa tu....fasa 'masak tak dak sapa nak makan'.......

    BalasPadam
  13. Awat tak nak hantar drummet tu ke rumah saya, katanya berjiran *_* Kalau kat rumah saya tu, licin dikerjakan superheroes sambil kata 'Sedapnya Mommy masak!" Hahaha...goreng drummet pun mereka kata saya 'masak' sedap!

    Kadang itu yang buat kita malas nak masak. Dahlah berlengas duk kat dapur. Habis makeup cair tetiba dah siap masak, takda siapa pun nak makan! Nak buang of courselah sayang, membazir namanya ikut perangai sapa.... Nak tak nak, kenalah sendiri yang habiskan lepas tu komplen apasal berat naik ^_^

    BalasPadam
  14. salam singgah kakcik... sedap nya menu... :)

    BalasPadam
  15. Kita jugak yg jadi mangsakan KC.....jadi DBKL hihi....
    Okje kalau dah masak , jangan berani nak mintak makan luar ke apa....mmg kena reject. Sayangkan....selalunya dak TLBD yg suka ngajak makan luarnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com