Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 Mac 2015

Bermain-main dengan Google Translate di blog...

Selepas menerima permintaan dari Just Sharing Islam dalam ruang komen sebelum ini, aku mula 'menggodek' google tentang cara hendak meletakkan Google Translate di blog...


Entah betul entahkan tidak caranya, aku pun meletakkan widget (iya ke widget namanya?) ini ke blogku.  Jangan tanya macamana cara nak letak, sebab aku pun tanya pakcik google juga...


Bila sudah ada Google Translate itu, bukan pengunjung yang menggunakannya, sebaliknya puan tanah kedaung ini pula yang seronok bermain-main dengannya.  Entah apa rupa terjemahan pula yang keluar.  Contohnya, tengoklah apa yang Mummydearie  ini komen bila dialihbahasakan ke Bahasa Inggeris. Entah 'sampai' entah tidak maksud asalnya...

Kelako kate kooo...

Ini pula catatanku yang aku alihbahasakan ke Bahasa Filipino (Tagalog?).  Aduhai... risau pula kalau lain yang aku cerita, lain yang difahami mereka...

Walaubagaimanapun, aku harap ada juga manfaatnya kepada 'pengunjung luar' yang tidak memahami Bahasa Melayu kalau mereka TERsinggah ke blogku ini...



17 ulasan:

  1. Kelakar kan kakchik. Kalau di transletkan catatan kita ke bahasa seluruh dunia faham ke mereka apa maksud yg kita nak sampaikan dlm catatan kita. Sesama kita pun kekadang tak berapa nk faham..huhu

    BalasPadam
  2. BI tu dah campur BM ye kak.. nanti pandai2 lah mereka teka sendiri. hihihi

    BalasPadam
  3. Kalau baca memang kelakar sebab bahasa kita banyak tambahan macam lah, ni, tu dsb itu yg bila translate lain pulak jadinya. Tapi kalau bahasa melayu yg betul macam kakcik punya entri kakak rasa kalau ditranslate ok lagi...

    BalasPadam
  4. Kakcik, saya sendiri dah penuh dengan 'kekeliruan' bila melihat komen sendiri. Apa kes macam ni? Hahaha...gelihati pulak tengok translation BM ke BI ni. Siap ada kata ganda berulang bagai - forced forced, vengeance-vengeance. So, if you like-like letak this widget kat blog, tanggung sendirilah akibatnya bila cannot stop gelak-gelak *_*

    BalasPadam
  5. kekadang tu mcm tak kena pulak bila dah translate kn

    BalasPadam
  6. Wah...ada pembaca dari philippines tu. Tapi memang kelakar lah komen tu bila dah translate ☺

    BalasPadam
  7. Nama pun mesin penterjemah bukan manusia interpreter yang terlatih menterjemah bahasa, jadi itulah hasilnya. Kita menulis tentang ayam, dia terjemahkan sebagai bayam, hehehehe...

    BalasPadam
  8. klu buka kat chrome mmg automatic ade google translate ni sy tak install pun ..klu buka mozilla ka tak prasan la

    BalasPadam
  9. hehehe.saya ingat saya sorang suka maian-main dgn google translate ni. kadang-kadang saya gelak sorang kakchik bila baca apa yang ditranslate kan

    BalasPadam
  10. Kalau bahasa melayu standard oklah kot maksudnya.. tapi kalau penggunaan bahasa pasar di dalam sesuatu entry tu memang lainlah jadinya bila di translate.

    BalasPadam
  11. tak pernah terfikir nak adakan penterjemah untuk blog saya...

    BalasPadam
  12. sebab kita banyak guna bahasa pasar kan kakcik :)

    BalasPadam
  13. memang lucu kan kakcik..kadang2 pening tak faham jadinya..akak suka buka ditelefon..kemudian gelak sorang2

    BalasPadam
  14. keh keh keh...
    Pandai betul google translate buat lawak...
    Saya marah betul kat student kalau guna google translate utk report...
    Pening kita nak faham....
    Untuk suka2 tu boleh lah... Entry kak cik hari ni betul2 menceriakan pagi saya...

    BalasPadam
  15. a ah laa kelakar.. thats why google translate pun sebenarnya bukan betoi sangat..
    kalo ada kawan2 buat esemen main guna google translate tah apa2 jadinya..

    BalasPadam
  16. Pernah jugak cuba dulu KC...tp mmg merapulah jadinya hihi... Kecuali kita guna Bahasa Malaysia betul mungkin eloklah kot jadinya. Kalau blog okje mmg confirm merapu hasilnya haha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.