Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Mac 2015

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 yang menyeramkan...

Memasuki terowong ini tidaklah menyeramkan pun...

'Rumah' tol yang pelik.  Melalui tol ini hanya untuk
'mematikan'  transaksi yang dibuat sebelumnya.
Mungkin masih di peringkat percubaan kerana
LPT2 ini belum siap sepenuhnya.
Kebanyakan kawasan Hentian Sebelan dan
RnR belum pun siap untuk digunakan.
Gara-gara 'sedap sangat' memandu di jalan yang lurus,
En Suami tak perasan tangki minyak hampir kering.
Syukur Pn Isteri tersedar.  Menggelabah mencari stesyen
minyak terdekat.  Terpaksa keluar di Kijal (Seri Bandi)
untuk mengisi minyak.  Masuk semula ke LPT2
untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu. 

Berdasarkan gambar dan sedikit catatan di atas, bahagian mana yang dikatakan LPT2 itu menyeramkan?

Maaf jika anda terpedaya.  Tiada pun 'bahagian' yang menyeramkan itu.  Cuma puan blog kekeringan ilham lagi mungkin kerana kelatihan. 

Jalan mana pun akan jadi menyeramkan kalau kita tidak 'bersedia'. Apatah lagi bila jalan itu gelap tanpa cahaya.  Sebarang kemungkinan boleh berlaku.  Mungkin ada kenderaan rosak yang tidak kelihatan, mungkin ada orang yang perlukan pertolongan tapi kita biarkan kerana 'takut'.  

Begitu juga perjalanan hidup kita.  Sesekali mungkin kita terasa 'ngilu' bila teringat kematian akan menjemput pada bila-bila masa sedangkan kita sama sekali tidak pernah bersedia...


21 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sudah. Khabarnya baru sahaja dibuka. Boleh terus sampai Kuala Trengganu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Enam jam perjalanan dan memang terasa letih walaupun mak tidak memandu...

      Padam
  3. tak pernah sampai pon lagi dengan kereta!!!

    BalasPadam
  4. bt suspen je kakcik tau sbb selalu gune lpt ok je...cume klu time ada cuti panjang mmg menyeramkan sbb jem sana sini

    BalasPadam
  5. pandai kak cik cari ideas lariskan pengunjungkan hihihi

    BalasPadam
  6. tu is tengok gambaq awai lepas baca tajuk, duk tercari-cari keseraman itu.. hoho (^___^)

    BalasPadam
  7. kakcik...saya tak dapat tgk imej..huhuhuh

    BalasPadam
  8. saya tak dapat nak tengok semua gambar2 tu..nampak tulisan je..huhu..

    BalasPadam
  9. Nak jalan jauh pun boleh terlupa isi minyak? Agaknya encik Bob ni teruja sangat nak jalan ke Pantai Timur tu sampai terlupa isi minyak. Nasib baik dia tak terlupa dan tertinggal isterinya kat rumah, hehehehe...

    BalasPadam
  10. menyeramkan juga bila memikirkan kadar tol yang akan dikenakan .. hehe.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kak..suspen je..huhu..jalan raya memang menyeramkan...knderaan laju2

    BalasPadam
  12. dari belum ada LPT,seronok bila ke pantai timur.Pernah rasa seram masa dekat Gambang.Jalan baru ditar tak nampak apa apa...pembahagi jln pun belum cat...mcm twilight zone .

    BalasPadam
  13. Part minyak nak habis tu saya rasa seram kak Cik... heheheh, nasib baik co-pilot jenis yg alert :)

    BalasPadam
  14. Laju2 saya klik nak tau apa yang menyeramkan.. tapi nasib baik kakcik cepat tersedar minyak kereta hampir habis.. kalau tak.. itu memang menyeramkan..

    BalasPadam
  15. sedara yaya kerap kena gangguan kat LPT ni..tp dorang berani..sengaja lalu malam cari pasal..yaya elak lalu time malam..so memang tak menyeramkan..hihi

    BalasPadam
  16. Saya dan hubby dulu, redah jer walau tak siap lagi...hehehehe. Memang terasa dekatnya. Tapi perjalanan boring sikit la kan kak.....

    BalasPadam
  17. LPT 2 best...balik Terengganu cam balik Perak..save masa...tp tol nya tak tahu le berapa harga...tunggu la bln 6 ni...hahaha

    BalasPadam
  18. saya dah 3 kali guna LPT. serius waktu malam memang seram. saya ada ternampak sesuatu yg menyeramkan smpila sy janji pd diri sendiri takkan memandu waktu malam lagi. terbaru semalam sy memandu melalui LPT tp waktu siang pula. hehehe jalan yang lurus tetapi tiada stesen minyak selepas tol gambang. jarak perjalanan 5 jam dari tol gombak. lebih kurang 500km.

    BalasPadam
  19. Kalau lalu highway malam-malam seramlah, Kakcik. Kalau siang hari takdalah takut sangat sebab katanya hantu tak keluar siang. Hahaha...

    Bab tangki kosong ni, suami saya memang suka. Kadang dah tunjuk zero, tetap juga nak jalan-jalan makan angin tak mahu isi minyak dulu. Panas je hati. Penat mulut bagi nasihat. Nanti kena tolak kereta tepi jalan baru tau!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com