Kawan-kawan kakcik

Khamis, 19 Mac 2015

Kek Lapis Di Wannie...

Ini  bukan catatan berbayar, jauh sekali catatan yang diketahui oleh pemilik kedai kek ini.  Aku hanya berkongsi apa yang aku rasa sedap di tekakku walaupun harganya lebih mahal dari kek lapis yang biasa aku beli bila ke Kuching, Sarawak...


Alamat kedai kek itu tertera pada kotaknya...
Harga 'sebatang' kek ini RM28.00
Yang ini namanya Kek Semangka (Tembikai)
Berat setiap kek adalah 570g - lebih berat dari kek yang biasa
dibeli dengan harga RM10.00 itu.  Rasanya lebih sedap dan
mungkin kurang manis bagi mereka yang 'kuat makan manis'.

p/s :  kakcik menerima beberapa komen yang mengatakan gambar-gambar di blog ini tidak dapat dilihat.  Mohon pertolongan kawan-kawan, tolong tinggalkan komen pada catatan ini sekiranya memang gambar tidak dapat dilihat.  Jika ramai yang tidak nampak gambar, mungkin kakcik hanya akan buat catatan tanpa gambar selepas ini...

14 ulasan:

  1. sedap tu kek lapis...gambar ada jer:-)

    BalasPadam
  2. sedap tu bonda...mahal sikit pun takpe..janji sedap kan..baru puas hati

    BalasPadam
  3. Nampak sedap..
    mahal tak pe asalkan berbaloi kan

    BalasPadam
  4. Macam dah jangkit blog kakak aje kakcik ni. Gambarnya tak nampak.
    Tapi di dashboard nampak.
    Kakak pulak dah malas nak tulis bila tak dpt nak titip gambar.
    Tak usahakan pun juga. Kakak biarkan terus...

    BalasPadam
  5. yang coklat tu nampak tempting sangattt

    BalasPadam
  6. Sedap pulak tengok kek lapis tu kak cik... saya nampak elok ajer semua gambar tu kak cik..

    BalasPadam
  7. yer kak cik saya tak nampak gambar -gambar akak, ada 2-3 blog juga yg tak nampak gambarnya..

    BalasPadam
  8. Sedpanya. Boleh cuba juga macam ni. Terima kasih berkongsi infonya Akak.

    BalasPadam
  9. sedap tu kek lapis...dh lama tak makan....

    BalasPadam
  10. Hari tu ada kawan dari Sabah yang bawa kek lapis kat sini... Sempat rasa dua keping jer, lepas tu licin... nasib baik xde batu belah batu bertangkup kat sini... hahahha

    Saya boleh jer tgk gambar kek lapis yg mabeles tu kak cik :)

    BalasPadam
  11. saya pun tak nampak..rasanya ia cuma berlaku pada sesetangah blog sahaja...

    BalasPadam
  12. ada gambar kakcik..nampak sedap kek tu...

    BalasPadam
  13. Sedapnya petang-petang macam ni 'dihidangkan' dengan kek lapis Sarawak, Kakcik. Berbaloilah kalau bayar lebih tapi sedap berlipat kali ganda dari yang biasa-biasa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.