Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Februari 2015

Beijing - tentang gambar yang masih berbaki...

...walaupun tak semua gambar yang ada dalam simpanan disiarkan di sini...


Dah sampai ke Tembok Besar China.  Gambar ini pemandu
pelancong kami tolong rakamkan.  Kalau nampak gambar kami
berlima ada semua tu, maknanya Annie lah yang tolong ambilkan.
Di sini ada lelaki yang menawarkan buku yang muka hadapannya
diletakkan gambar kita.  Yang lain-lain adalah gambar dan sejarah
Tembok Besar ini.  Satu buku berharga lebihkurang RM60.00.
Tak mengapalah, makcik sayang duit...hehehe...

Suka pula tengok gaya Datin Lynn
ni.  Asal dia perasan je makcik nak
berselfie, tahu-tahu terselit je dia
kat belakang...hehehe...

Udara sejuk dan cahaya panas
bersatu...jadi macam itulah rupanya
wajah makcik yang tak henti-henti
nak merakam gambar sendiri...

Dari leher, pashmina dah naik atas
kepala.  Sejuk masuk ke lubang telinga
walaupun bertudung wooo...

Alamak! tak ingat pulak bangunan apa kat belakang tu...

3 mak dara dalam pelbagai gaya...

2 anak dara ini sedang melepak sementara
menantikan  kedai bawah tanah tempat kami
membeli cenderahati dibuka.  Iyalah, dah dekat
sangat hendak Tahun Baru China, tuan kedai pun
dah tiada semangat nak berniaga.  Dia (tuan kedai)
datang bila pemandu pelancong kami menelefonnya.
Berbaloi juga dia buka kedai, sebab banyak juga
kami membeli di sini...

Bakal doktor dan jururawat.
Naik seri mereka memakai pakaian bewarna
merah ini.  Cuba kalau makcik yang pakai...
lembu pun lari! Mereka mencuba pakaian
ini di kompleks beli-belah yang bernama
'silk street'.  Walaupun di dinding-dinding
kedai di situ tertulis NO BARGAIN ALLOWED,
pedulikan saja.  Tawar-menawarlah sehingga
berpuas hati.  Memang akan dapat harga yang
jauh lebih murah dari yang tertera.

Tak beli tak apa, janji gaya kena ada...hehehe...
Tapi mereka membeli juga.  Seorang rasanya
'sangkut' juga dua helai kalau tak silap.

Bergayanya Datin kita ni... (^_^)

...habis dah (gambar-gambar yang lain biarlah simpan sendiri atau pun diselitkan di mana-mana catatan jika bersesuaian nanti). Ada juga beberapa tempat yang aku tidak merakamkan gambar, seperti tempat urutan kaki, pusat jualan barang kemas dan tempat kami membeli belah di bawah tanah itu...

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI MAKCIK :

Kalau ke China, tak payahlah hendak berangan-angan untuk mengemaskini blog atau instagram atau facebook dari sana walaupun membeli data plan sana.  Semuanya adalah disekat.  Mujur juga dapat menghubungi keluarga di tanahair melalui aplikasi whatsapp dengan menggunakan wifi percuma di hotel...

35 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    skrg musim sejuk ek

    BalasPadam
  2. Mmg pemerintahan komunis ....tp bgs jg begitu kan xde la tersebar mcm kat fb terutamanye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka ada laman sosial sendiri seakan fb yang dikenali sebagai weibo...

      Padam
  3. tembok besar cina tu mak naik sampai atas tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sampai ke atas pun Acu...

      atas tangga yang paling bawah... hahaha...

      Padam
  4. KC bila OKje tengok gambar mak dara bertiga tu, bila tengok tang tengah....mmg nampak betul kak Long kawasan Jinjang tau...dengan gaya brutal gitu hihi.....
    Bestnya dapat melancong ke Beijingkan KC.... masa nak buat entri tadi lupa pulak yg KC pun baru lepas melancong. Udah Okje update dan tolong war warkan blog KC dlm entri Okje tadi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kaklong Kawasan memang tetap dengan gaya tersendirinya...

      Di kebanyakan tempat dia hanya masuk sebagai pemerhati dan tidak pun membeli...:)

      Terima kasih kerana tolong promotkan blog ini. :)

      Padam
  5. Melalui enteri2 Kakcik ke China rasa teruja juga hendak ke sana. Semasa Pak Long bertugasdi sana dulu Mak Long tidak dapat ikut kerana anak bungsu masih di kolej.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik baru nak belajar hendak mengenal negara orang, Mak Long... :)

      Padam
  6. Kakcik kat sana bargain guna bahasa Inggeris ke? Katanya warga China tak ramai yg fasih bahasa Inggeris....

    Kalau kita set kan akaun Weibo, boleh kot communicate dgn org kat malaysia...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang guna bahasa Inggeris dan sesekali dengan bantuan kalkulator...janji faham je... :)

      Padam
  7. kakcik beli apa ole2 utk org yg kene tinggal kt kl hehehe... cantik baju merah tu kakcik, kakcik tak beli ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti biasa kakcik cuma beli kemeja t untuk anak2 dan suami sbg tanda kenangan...

      Padam
  8. Rasanya saya dpt kesimpulan jika hendak ke China
    Jangan pi ikut tour agent
    - tour agent yg bawa kita ke kedai jade dan chinese herbal
    Yg memaksa kita kena beli
    Saya cuma nak ke Xian.. Makan di kedai chinese muslim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau pergi melalui pakej, adalah satu kemestian singgah di premis2 berkaitan kerajaan mereka...

      Padam
  9. Dari satu segi, bagus juga kerajaan china sekat semua akses web dari luar, tapi nampaknya rakyat dia betul2 protected dgn berita2 dunia.

    Kak chik seronoknya pergi girlfriends mcm ni. Datin tu cool gile. Dan baju merah D&G tu mmg cantik sgt wp fake.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Beijing sahaja, penduduknya 22 juta orang (kalau tak silap), jadi bayangkanlah macamana kerajaan hendak mengawal mereka kalau terlalu terdedah kepada dunia luar.

      Rumah (pangsapuri) mereka memang sudah menggambarkan betapa padat penduduknya...

      Padam
  10. As-salam kakcik..

    bestnya dapat ke beijing.. suka tengok gambar2 tu.. lawa-lawa semuanya.. tengok gambar pun kita sendiri yang terasa sejuk.. semoga ada rezeki saya untuk ke sana suatu hari nanti.. insyaALLAH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Fea...

      InsyaAllah, akan ada rezeki Fea dan keluarga untuk ke sana nanti...

      Padam
  11. canteknya kot merah tuuu (suker3)

    sejuk sangat kat sana ye k.cik? balik sini cuaca panas, badan ok x? risau juga kalo demam sbb pertukaran cuaca yg ekstrem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah., kakcik sihat2 je cuma rasa letih sikit...

      Padam
  12. jelas kelihatan kesejukan kak cik dan rakan2...

    BalasPadam
  13. memang kat sana peniaga2 nya buat duit betul ye kakcik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita tak tak pandai hendak tawar menawar, memang raya sakanlah mereka...

      Padam
  14. Alhamdulillah dapat kenal-kenal tempat orang. Mesti seronok kan Kak Cik ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... sesuatu yang selama ini kakcik rasakan tak akan tercapai untuk melawat negara orang, Allah beri juga kesempatan di hujung usia...

      Padam
  15. Salam kenal Kakcik Nur :)

    Wahhhh, seronoknya bercuti,Beijing lagi tu, best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal MyLife Ria...

      Alhamdulillah... :)

      Padam
  16. Peringatan yang sangat2 penting di akhir entri. :) terima kasih kak bagitahu .. lau tak poyo je tayang henpon mahal .. hahaha

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  17. kena pandai tawar menawarkan kakcik..boleh dpt lebih dari separuh harga..

    BalasPadam
  18. Nantilah bila Bubbly Abang dah mahir berbahasa dan HD pun dah tukar passport, bolehlah kami empat beranak jalan-jalan ke China pulak. Kenapa Kakcik tak cuba je baju merah tu? Tentu menawan bila berselfie, dengan syarat mak datin janganlah menyelit kat belakang. Hahaha!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.