Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 Februari 2015

Beijing - tentang gambar dan sedikit catatan...

Baiklah.  Rasanya orang pun dah muak dengan catatan Beijingku yang digarap secara tidak menarik. Apa-apapun ianya adalah lebih untuk ingatan sendiri di kemudian hari (andai usia masih bersisa), atau untuk tatapan anak cucu sekiranya mereka TERbaca blog ini...


Kawanku yang di belakang itulah
yang telah membuka jalan untuk
melawat Beijing.  Terima kasih
Datin Lynn. Lepas ini kita bercuti-
cutian lagi, ya.  InsyaAllah.

Kawasan perniagaan  Muslim.  Ada restoran dan ada pasaraya...

...berpusu-pusu orang di sini.  

Gadis ini petah berbahasa Indonesia.  Dia sedang
memberi keterangan tentang jenis teh dan khasiatnya.
Mak oiiii... mahal betul harga tehnya. Teh  Pu-erh
dijual mengikut usianya.  Makin lama disimpan,
makin tinggi nilainya.  Bagaimanapun, sekiranya
bijak tawar menawar, harga yang mahal itu dapat
dikurangkan sehingga 60-70%! Atau mungkin
lebih murah lagi...kalau sanggup bertekaklah...

Pertunjukkan akrobatik yang menggegarkan
jiwa.  Kalau ada lemah jantung, mungkin tak
sesuai untuk menonton bab ini...

...beberapa kali sidia ini membuatkan penonton
terjerit kerana seolah-olah dia akan jatuh sewaktu
berada di tempat yang paling tinggi dan bulatan
itu pula sedang berpusing dengan laju...

Menjejaki kisah ulat sutera...

Mesin apa entah... berkaitan dengan
perusahaan suteralah rasanya...

Di sebelah dalam dilarang ambil gambar,
jadi ambillah gambar di sini...

Tasik Kunming yang merupakan
tasik buatan manusia.  Di permukaannya
terdapat kepingan-kepingan ais seperti kaca

... tasik ini terletak di kawasan
Istana Musim Panas (Summer Palace)

Nampak panas kan?  Sebenarnya suhu adalah sangat dingin...

Berlatarbelakangkan  Bird's Nest Stadium.
Kami membeli barang-barang cenderahati
(yang setelah dibanding-bandingkan, kami
dapati harganya memang murah) tidak jauh
dari sini.  Kedainya terletak di bawah tanah
dan pelbagai barangan seperti baju-t, rantai
kunci, pelekat peti ais bermagnet, cadar, alas
meja dan sebagainya. Habis jugalah beratus RM.

Kagum dengan kelebihan yang Allah beri kepadanya.
Dari seketul jade, diukir menjadi bebola yang berlapis-
lapis dan boleh dipusing-pusingkan di sebelah dalam...

Tengok saja kerana makcik bukan peminat
barang hiasan walaupun ianya emas sekalipun...

Di dalam premis ini suhunya agak 'hangat'.
Tak sanggup makcik nak berbaju tebal...

Di premis kristal.  Tak faham sangat makcik
dengan penerangan amoi yang bagi penerangan
kat sini.  Berbelit-belit lidahnya bercakap
Bahasa Inggeris, dahlah makcik ni hanya
faham Bahasa Melayu je...

Sama besar tak? Hahaha...
Bila makcik kira-kira, harga pasu itu lebihkurang
RM300K.  Kau mampu nak beli? Baiklah beli rumah.


...tak boleh nak habis juga, kena ada sambungan sikit lagi nanti...

18 ulasan:

  1. tak muak pun.. makin seronok baca ada la.
    Kakcik, ada cenderahati lebih utk saya tak? hihihi

    BalasPadam
  2. suka baca catatan perjalanan kakchik. yang tak tahu boleh tahu...tq kakchik.

    BalasPadam
  3. mesti banyak pengalaman yang bonda dapat selama di sana kan..

    BalasPadam
  4. selesa kebeijing waktu musim masih dingin..

    BalasPadam
  5. Suka baca entri kakcik, betul-betul rasa tak jemu tau.. kongsilah lagi, banyak ilmu yang kami boleh dapat :)

    BalasPadam
  6. Sy suka pasu tu.cantit...harge pon cantitt bebenor ye kakcik.huhu

    BalasPadam
  7. seronok baca catatan Kak Cik, yelah ana tak pernah ke sana jadi dapatlah banyak gambarannya disini, terima kasih Kak cik berkongsi kisah.

    BalasPadam
  8. Setiap orang ada cara penceritaan pengalaman yang tersendiri.. Saya suka cara kak cik yang sempoi lagu ni :)

    Mak ai, telan ailio bila tgk harga pasu tu.. Lagi mahal dari harga rumah saya... hahahha

    BalasPadam
  9. Pasu RM300,000...alahai, mati hidup balik 7 kali pun tak mampu beli...

    BalasPadam
  10. Salam kakcik...
    lama banget tak menjengah blog kakcik
    moga kakcik sihat sokmo ye...

    love you & take care

    BalasPadam
  11. pasu je 300k??..nak buat apa la..kena bola anak saya main habis pecah..menangis saya..elekekek

    BalasPadam
  12. harga melambong tinggi....jika ada yg membeli untung berlipat lah nanti

    BalasPadam
  13. Saya missed Summer Palace masa ke Beijing in 2001 dulu kakcik gara2 sakit.. sedih ..

    so akak jadik tak pegi Kashmir ni?

    BalasPadam
  14. Untunglah ada kawan datin KC......banyak sikit peluang nak makan angin.

    BalasPadam
  15. Takpe kakcik..pelan pelan..nanti terrerlah menulis travel journal kakcik

    BalasPadam
  16. Nasib baik Kakcik dah bergambar sebelah pasu mahal tu. Kalau sayalah tak kuasa nak membelinya. Lebih baik beli kereta sebuah, tak pun kalau dapat beli condo satu lagi. Hahaha....

    Catatan macam ni bukan sekadar untuk tatapan kawan-kawan, juga untuk kita mengimbau kenangan silam *_*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.