Kawan-kawan kakcik

Rabu, 31 Disember 2014

Bapak, bukalah pintu hatimu...

...walaupun bapak kaya raya
bapak telah sisihkan aku
hanya semata-mata
banyak tindakmu yang aku tidak setuju

lantas bila kini
aku ditimpa bencana
bapak berkira-kira 
untuk menunjukkan muka

akhirnya bapak datang
tapi hanya bagai orang yang bertandang
menjengah-jengah dengan rasa bimbang
andai hadirnya bapak tak dilihat orang

bapak...
tidak mengapa aku dianaktirikan
tapi aku tak sanggup melihat cucumu kelaparan
dalam dingin dan serba kekurangan
aku tebalkan muka mohon bantuan

aku tak kisah andai bapak hanya berpura-pura
mungkin di hati bapak tersirat rasa murka
sepatutnya waktu ini bapak santai bercanda
kerana musibah bapak terpaksa pulang juga

bapak...
tanpa bapak pun ramai yang sudi membantu
tapi sumbangan banyak yang tersekat di pintu
apapun alasan hanya Allah juga Yang Maha Tahu
namun kudoakan agar bapak belajar sesuatu

bapak...
aturan kita mungkin sudah cantik
namun orang yang melihat tetap berasa pelik
kenapa hati bapak seolah-olah tidak terjentik
mungkinkah bapak merasakan bapak sudah cukup baik?

bapak...
kepada Allah kumohon doa
agar hati bapak akan terbuka juga
jangan bapak ingat bapak sudah cukup selesa
kerana apa yang ada bukanlah sebenarnya milik kita...

15 ulasan:

  1. hmmm saya paham cerita ni tapi tak berapa paham kepada siapa... tuan empunya blog kah atau orang lain... mungkin juga tak perlu dijawab pertanyaan saya...

    selamat tahun baru 2015... mudah2an tahun mendatang memberikan kebaikkan buat kita semua

    BalasPadam
  2. mcm seorang anak disisihkan oleh bapanya.. kemudian si ank mghadapi musibah sesuatu.. si bapa mgkin seorg kenamaan.

    BalasPadam
  3. dah dapat teka...
    rasanya tak salah orangnya



    BalasPadam
  4. Walau dianak-tirikan tapi 'anak-anak' yg ditimpa musibah itu kita lihat semuanya cekal-cekal belaka. Kita bantu yg kita mampu. Biarlah bapak tu... Allah melihat kakcik.

    BalasPadam
  5. Bapa kata dia perlu main golf dengan kawannya demi untuk kesejahteraan rumah tangga. Kami tak marah kepada bapa, kami cuma kecewa bapa lari meninggalkan kami ketika kami sangat perlukan sepatah suara dan kasih sayang bapa...

    BalasPadam
  6. nak gelak guling2 dengan komen Daddy ZZ..
    opocot.. melatah jibby dan rossy..

    BalasPadam
  7. kera dihutan disusukan,, anak di rumah mati kelaparan,,,
    walaupun dia taknak bantu,, masih ada ramai lagi yang prihatin
    walaupun dia tak nak ambil port,,, masih ramai lagi yang mengambil berat
    walaupun dia meng'anak tirikan,, masih ramai lagi yang menghulurkan tangan..
    walaupun negeri itu dia sisihkan,, namun dimata dunia negeri itu di sanjungi,, Allahurabbi...

    BalasPadam
  8. dlm maksud sajak ini...sedihnyaa...hanya rasa simpati utk anak2 ini..

    BalasPadam
  9. Moga dipermudahkanlah bantuan buat anak-anak bapak semua hendakNYA.

    BalasPadam
  10. macam gayanya bapa tu ternama dan kaya raya..apa erti kaya jika enggan memberi. Harta tak di bawa mati namun harta yang paling besar adalam iman dan taqwa serta anak-anak yang beriman..hargailah anugerahNya iaitu anak kelahiran anda..

    BalasPadam

  11. aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.

    Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com