Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 Januari 2015

Anakku, tiba masanya untuk kamu berdikari...

...kerana ibumu ini takkan selamanya di sini
bila-bila masa akan dijemput pergi
sedangkan kamu masih bersenang-senang hati
bila kekuranganmu sering ibu yang mencukupi

anakku
banyak yang terpaksa ibu ketepikan
bila keperluanmu terpaksa ibu dahulukan
sering ibu lupakan angan-angan
bila yang ibu simpan akhirnya bertukar tangan

anakku
bukan ibu tak tahu bersedih
namun ibu pendam jauh dalam hati yang pedih
tiada gunanya ibu tunjuk wajah yang letih
kerana balik-balik nanti ibu juga yang diperlekeh

anakku
belajarlah untuk lebih mengerti
dan belajarlah juga untuk lebih menghargai
tentang apa yang ibu berikan kini
kerana kasih ibu hingga ke mati.

21 ulasan:

  1. alaa akak ni.. pepagi dah saya jadi sedih... kita sama kak.. anak lelaki semua.. tp ALHAMDULILAH tak ada masalah dalam menolong sy buat kerja2 rumahtangga.. nanti sorang pulak pertengahan tahun ni akan keluar belajar hidup sendiri..memang kena pandai2 lah dia.. mandiri...kita hanya mampu dua'a yang terbaik lah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Yan. Walaupun mereka semua lelaki, setakat kerja rumah dan lain-lain hal, mudah sahaja minta pertolongan mereka... Syukur sangat. :)

      Padam
  2. Kita nak didik anak-anak kita jadi "orang" memang memerlukan kebijaksanaan dan ketegasan. Pengelaman Mak Long, orang barat bila bab mendidik anak pula apabila anak itu sudah mencapai umur 18 tahun mereka kata "time to break his plate". Maknanya sudah sampai masa anak itu belajar berdikari. Tidak kira masih belajar atau tidak. Mesti cari kerja! Peranan kita sebagai ibu tidak berakhir selagi nyawa dikandung badan.

    BalasPadam
  3. Salam sis...
    Akan sampai giliran TA pula di masa hadapan terhadap anak anak TA...

    BalasPadam
  4. Mana da ibu yg sanggup ketepikan keperluan anak dia kakcik
    Seboleh-bolehnya kita nak bagi yg dia nak
    Cuma betullah kata kakcik kita nak dia tahu yg kita ni tak selamanya ada di sisinya..
    Sampai masa kita akan pergi..

    BalasPadam
  5. Bila baca entry kakcik ni, saya teringat lagu Fynn Jamal, Arjuna Beta.

    BalasPadam
  6. Tak kira lelaki atau perempuan, sedari kecil mereka harus diajar berdikari. Saya geram bila lihat anak2 remaja yang pegang gadjet sambil silang kaki sedang ibunya berlari2 kutip baju kotor dan memasak. Rasa macam nak lempang jer...huisshh...saya tengah marah plak...

    BalasPadam
  7. mak,

    hilangkan perasan duka sedih
    rawatlah dgn zikir bertasbih
    moga niat murni mak ganjaran pahala lebih

    BalasPadam
  8. As-salam kakcik,

    sedih baca.. tapi itulah hakikatnya.. sebagai ibu, sedaya boleh mahu berikan dan usahakan yang terbaik untuk anak-anak.. semoga ganjaran yang baik akan diperolehi untuk ibu sebaik kakcik.. juga mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kakcik

    BalasPadam
  9. lebih sukar mnjaga anak dewasa dari anak kecil...banyak kesabaran dan air mata...yan bercakap dari pengalaman..setandan pisang tak sama isinya..yan mengerti :'-C

    BalasPadam
  10. Hakikat seorang ibu begitulah...anak tetap didahulukan dalam apa juga keadaan moga anak2 kita juga akan mendahulukan kita sebagai ibu kelak.

    BalasPadam
  11. Ala kakcik ni.. sedih dengar. Tapi betul. Sebetulnya apa yang kita simpan untuk hari tua patut gunakan. Anak2 ada rezeki dia sendiri dan masih banyak masa untuk cari. Kita dah lepas umur tertentu dah tak kuat nak kerja keras macam dulu2. Tapi anak saya kecil lagi. Memang kewajipan memberi semua keperluan dia. Hehe

    BalasPadam
  12. Sedihlah, kak. Tengah membayangkan mak saya sendiri pulak. Yalah, mak-mak ni sampai tutup mata memang ambil berat tentang anak-anak.

    BalasPadam
  13. selama masih hidup dan jadi mak ni kena pastikan yang anak mampu hidup berdikari supaya tidak disalahkan nanti kalau dah takder dan anak tak mampu membawa diri.... saya puji arwah ibu saya dari satu segi ketegasan dan bagaimana dia mendidik kami... lepas SPM tidak seorang pun di benarkan bekerja sekurang2nya setahun... mesti mengambil giliran menjaga rumah dan buat kerja2 rumah... hasilnya dimana pun kami dicampakkan kami boleh hidup atas ajaran ibu tu... malah menjadi penjaga pulak untuk kawan2 serumah... dan kami ada 8 orang adik beradik... tak seroang pun merokok walau bapa kami perokok...

    BalasPadam
  14. Dari kecik lagi dah ajar suruh buat macam2

    Ibu manja anak sebar suami manja bini

    Ubatnya poligami

    Buktikan SEMUA soleh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com