Pada suatu tengahari Jumaat - di sebuah kedai makan...
Semua orang pastinya sudah lapar setelah dari pagi sibuk membuat persiapan itu ini. Apatah lagi sedang menanti ketibaan menteri. Takut-takut nanti kalau pergi sarapan dulu, menteri datang tak sempat pula hendak bertemu...
Maka setelah selesai urusan, berpusu-pusulah ke kedai makan. Pesan makanan. Sebaik habis menjamu selera, azan pun berkumandang. Eh! sudah masuk waktu untuk bersembahyang. Sembahyang Jumaat pula tu, datangnya cuma sekali seminggu.
Masih juga enak bersembang. Sayang hendak meninggalkan kawan-kawan yang makan sehidang. Seronok bergelak ketawa, maka waktu berlalu begitu sahaja. Hendak kata pakaian kotor atau berselut, bukannya dengan lumpur baru bergelut.
Kawan-kawan semeja yang wanita pun berwajah selamba, tidak teringat hendak menegur mereka. Baiklah, biar kita berbaik sangka. Mungkin mereka hendak solat jamak sahaja. Tapi, masjid itu letaknya hanya beberapa depa. Kenapa mereka tak mahu pergi sebagaimana mereka mengejar menteri?
Mengejar menteri itu apa yang kita dapat? Apakah dengan itu kita akan beroleh pangkat. Tidakkah hidup kita inginkan berkat, tapi bagaimana hendak dicapai kalau perintah Tuhan kita malas nak buat?
Aku pun bukan insan yang baik dan taat, tapi hatiku ini tetap rasa tersayat. Bukan seorang dua yang sedang berleka, tapi ramai sangat jika dikira. Bukan sekadar orang luar, dari gayanya orang tempatan pun ada yang bertebar.
Peringatan demi peringatan Allah dah beri. Kerana peringatan itu juga kita sampai ke mari. Namun nampaknya langsung kita tidak menginsafi, seolah-olah datang ke sini hanya kerana ada menteri. Kita sendiri tak tahu di depan apa yang sedang menanti, entah esok masih adakah lagi. Bila peluang sudah diberi, manfaatkan segera sebelum ia lari...
Sedikit gambar kesan dari banjir yang berlaku baru-baru ini :
Sedikit gambar kesan dari banjir yang berlaku baru-baru ini :
Entah berapa lama masa perlu diambil untuk memulihkan keadaan rumah ini seperti sediakala. Masih ada air yang bertakung berhampiran rumah ini... |
Anak-anak ini seronok bermain di dalam timbunan pakaian yang mungkin hasil sumbangan orang ramai... |
...ada yang cuba menyorok bila mereka terperasan aku sedang mengambil gambar mereka. Semoga kehidupan mereka akan lebih baik hendaknya selepas ini... |
Setuju dengan Kak cik! Bila kita utamakan Dia, maka Dia juga akan mengingati kita :)
BalasPadamermm...susah nak jumpe skrg ni org yg lebih pentingkan DIA dari dia tu..
BalasPadamKakcik
BalasPadamDepa pegang panduan sonsang ni
Kalau tiga kali jumaat turut tak solat- salah
Kalau jumaat lepas dah solat... So jumaat ni takpa skip.....
Itulah dlm minda mereka bg yg meringan2kan perintah solat jumaat....
Betul kakcik....sikap macam ni ada di mana2....
BalasPadamsusah nak komen benda2 macam ni kan kak...always make things complicated
BalasPadamkesian tengok budak2 tu mencari baju yang sesuai untuk mereka..
BalasPadammungkin mereka rasa masih jauh lagi dari kematian..
solat 5 waktu pun ditolak tepi inikan pula solat jumaat..
Assalamualaikum
BalasPadamsinggah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day
Betul kakcik.. sedih melihat masih ramai yg tidak sedar walau berbagai ujian dan paparan sudah di depan mata. Bagaikan mahu menongkat dunia. Tidak tahu membeza dosa-pahala...
BalasPadamSebaiknya kalau bantuan terus diberikan dari satu rumah ke rumah lebih selamat tak dipijak-pijak macam tu. Kalau kotor susah sebab mereka ada masalah air bersih.. Kena ada yg memantau rasanya lebih baik..
yelah kakcik...dh byk Allah beri peringatan pada kita tapi terus leka dibuai nikmat duniawi...bkn nk kata kita alim tapi trkdg benda2 yg wajib dibuat main2......
BalasPadamTersentap dengan peringatan kak cik ni. Saya mengaku saya selalu juga melakukan kesilapan yg sama. Ya Allah malunya.
BalasPadamTak rasa apa-apa kan Kakcik bila membelakangkan DIA. Entah berapa lama lagi dunia mampu bertahan tapi kita ni entah sedia ke tidak untuk dipanggil pulang!
BalasPadam